Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

erm...hepy new yer...

Thursday, December 31, 2009

…::salam
Hehe…so sorry…dah lama sangat rasanya tak update blog batch ni…
Biasanya Jijie (Faqhrur Razi) lar yang akan tolong update apa-apa berita tentang batch dan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah, tak pun yang berkaitan dengan dunia luar…
So, thanks kat Jijie dengan jasa bakti yang telah disumbangkan untuk batch dengan bermurah hati nak tolong update blog batch ni selalu, ye lar asyik terima message dari si LA je kan, macam menurut titah perintah pula…
Maklumlah si LA tak sempat nak online, lagi-lagi masa cuti semester yang baru je lepas…sekarang ni dah kat universiti pun tak banyak berkesempatan, berkejar-kejar uruskan hal-hal yang berkaitan…
Beberapa minggu yang lepas, si Jijie dikatakan telah masuk ke wad, akibat sakit dada…maybe cam Asthma kot…kesian kawan kita ni, umur muda lagi pun dah ada sakit, tapi katanya sekejap je masuk wad, hanya beberapa jam…
Tapi bila tengok risau dengan keadaan si Jijie tu, dia pun ada mengadu kat LA masa sakit dada, sekarang ni bila tanya Jijie cakap buat tak tahu je…ubat pun Doktor tak ada bagi…
Apa lar, dah suspect siap masuk wad pun tak ada ubat…ke si Jijie sengaja menyembunyikan sesuatu dari LA dan kawan-kawan??
Wat ever pun kesihatan mesti dijaga, LA doakan semua sihat k…
So, dengan masa yang ada ni nak ucapkan

H A P P Y
B I R T H D A Y
1 9 t h

kat kawan-kawan yang lahir pada bulan Disember…
Tak kisah lar,
BELATED ke…
BECOMING ke…
yang penting bila kawan-kawan yang lain terbaca dah pasti dia orang akan teringat…tapi tak dilupa jugak pada kawan-kawan yang lahir pada tahun Hijrah..sekarang ni dah masuk bulan Muharram…baru je sambut Maal Hijrah kan, so

S E L A M A T
H A R I
L A H I R
T A H U N
H I J R A H
K E - 2 0

pada kawan-kawan lahir di bulan Muharram…
kalau nak tahu lagi, umur yang sebenarnya ialah 20 tahun jika ikut tahun hijrah, 19 tahun jika ikut tahun masihi…berbeza kan…
Happy sangat bila dah tengok kawan-kawan yang sambung study di peringkat Ijazah Sarjana Muda, so ucapan tahniah yang nak ditujukan rasanya masih belum terlambat, lagi-lagi kawan-kawan tu semua baru smabung semester kedua pula…
Tahniah sekali lagi kerana dapat menyambung pengajian, hasil berkat usaha dan doa kan…
mmmm…kat bawah ni, LA ada senaraikan nama kawan-kawan kita yang menyambut hari kelahiran pada bulan Disember & Januari…tak dilupan termasuklah yang lahir pada bulan Muharram…hehe…
maybe ada dalam kalangan kita pun tak mengetahui tarikh lahir Hijrahnya…so check lar kot kot ada nama korang semua…


HAPPY BIRTHDAY
DISEMBER

Batch Ex-Form 5 2007
03 Dis: Nurfaraliza – Faraliza
05 Dis: Khairil Shazwan – K-ril
07 Dis: Mohammad Iskandar – East
14 Dis: Nurul Izzati – Titan
15 Dis: Nur Azimah – Azie
20 Dis: Megat Mohd Akmal – Megat
22 Dis: Nur Zulaika Afni – Zue

Batch Ex-Form 3 2007
03 Dis: Norrazam – Azam

Conference of Rulers
11 Dis: Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Others
05 Dis: Last Day Form 5 at SMKAS


HAPPY BIRTHDAY
JANUARI

Batch Ex-Form 5 2007
07 Jan: Nur Hamizah – Miza
12 Jan: Ahmad Taqiuddin – Takek & Nur Amirah – Miradali
15 Jan: Atika – Tikaishak
24 Jan: Nor Alisha – Elis
25 Jan: Mohamad Syukri – Gedek

Batch Ex-Form 3 2005
15 Jan: Noratika – Tikasamian
29 Jan: Muhamad Izwan – Miba
31 Jan: Noor Atiqa Shahrina – Shai

Conference of Rulers
20 Jan: Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah

Others
08 Jan: Ulang Tahun Kemasukan Ke SMKA Segamat (1st Intake Form 1)


HAPPY BIRTHDAY
MUHARRAM

04 Muh: Suhaimi Bin Saleh
07 Muh: Lokman Aiman Bin Karjoo
12 Muh: Mohd Azizi Bin Sulaiman
13 Muh: Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi
15 Muh: Nur Syafiqah Binti Sanik
19 Muh: Muhamad Amzar Sabri Bin Azhar
23 Muh: Muhammad Nazmi Bin Mohamed Nor
25 Muh: Muhamad Nur Aliff Bin Azman
26 Muh: Nur Aida Aliaa Binti Abdul Halim & Siti Nuraqidah Binti Zaini


Ada lagi nak diceritakan ni…
Baru-baru ni si Takek (Ahmad Taqiuddin) sudah tamat pengajian peringkat Sijil di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang…sekarang ni katanya sudah bekerja sebagai Welder @ Fitter, di Handling Ventilation Air Cond, Dynac Sdn. Bhd. …Pasir Gudang juga…start dah November, 2009 lepas…
Kalau nak minta belanja boleh lar kan…hehe…
Bagus lar masih ada tenaga nak bekerja, walhal baru je 19 tahun…tak mahu lar cerita panjang sangat, nanti tersalah cakap (type) cerita pula…
Ermmmm…kawan yang baru lepas STPM hari tu, dengar ada 2 orang yang sudah bekerja…si Pedy (Faidhi Nurhisham) & si Sorb (Amzar Sabri), memang berjiwa kental…katanya Pedy bekerja di Panggung Wayang, tapi xtau lar sebagai penjual tiket ke o penjual popcorn…hahaha…
Tapi yang penting agak sesuai lar dengan penampilan si Pedy kerja kat Cinema tu…maybe kat JB kot, maklum lar kedai ayahnya sudah pun dijual kepada orang lain yang mana menjadi tempat kebiasaan dia “bercuti” time cuti sekolah…
Si Sorb pula bekerja di pasar malam…ermmm lebih kurang lar, tolong-tolong jual di pasar malam kot, katanya start kerja pukul 3 petang, so gayanya macam bekerja di pasar malam…tak apa lar janji rezeki halal & tak menghabiskan masa dengan begitu jer kan..sekarang pun dah payah nak message dengan si Sorb tu, sibuk sangat, silap hari bulan jadi tauke besar nanti…
Tak dilupakan juga si Nik (Nik Mohammad Norhafiz) yang sudah pun mendapat tawaran ke Kolej Teknologi Makmal Perubatan, KL...diploma juruteknologi makmal perubatan…tak apa lar Nik yang penting niat nak belajar, tak semestinya belajar untuk mendapatkan sekeping sijil atau unutk bekerja, tapi belajarlah untuk merasakan kemanisan ilmu yang amat luas di dunia ni…semakin banyak yang kita belajar so semakin banyak yang masih kita tak tahu…
Ye lar…kalo belajar dah sampai degreee tapi perangai tak jadi contoh pun buat apakan…ingat tau belajar “short cut” tu bahaya…tapi kalau pandai nak buat macam mana…dah rezeki tahap itu…
So sorry cakap macam ni, kadang-kadang terasa cam geram juga…ceh!! Tak ada lar…


T A H N I A H
N I K ! !


Baru-baru ni, dapat tahu lagi tentang kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran di UiTM…berita dapat menyambung pengajian ke peringkat Degree diterima LA dari si Craj (Siraj Munir) & si Wan (Nor Ahmad Zakwan)…katanya yang cemerlang untuk 3 semester awal di peringkat Diploma menerima tawaran melanjutkan ke peringkat Degree..senang cakap yang dapat DL 3 kali boleh ke Degree…Nak dijadikan cerita si Wan & Craj dapat tawaran tersebut, tetapi keputusan si Wan sampai hari ni tak dibagitahu pada LA…so?? LA tak tahu lar si Wan dapat ke tak…kalau si Craj keputusannya semester depan, ye lar dia kan lambat satu sem daftar…
Tang penting apa-apa pun TAHNIAH untuk siapa-siapa yang menerima tawaran tersebut, sekali lagi…….


S E L A M A T
M E N J A L A N I
K E H I D U P A N
S E B A G A I
M A H A S I S W A / S I
U N I V E R S I T I


Hermmm…penat juga manaip ni, agaknya sampai sini je kot…
LA harap sangat kepada kawan-kawan semua terutama yang membaca blog batch ni, harap kalian tak “senyap” begitu sahaja…contact-contact yang lain, LA pun sentiasa menanti berita dari kalian…message pun cukuplah…
Kesian pada yang masih belum melangkat ke alam universiti, ingat-ingat lar kawan kita, mereka lar pelengkap di zama sekolah dahulu…
Terakhir…


S E L A M A T
T A H U N
B A R U
2 0 1 0


Bye…wassalam….

0 comments: