Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

erm...hepy new yer...

Thursday, December 31, 2009

…::salam
Hehe…so sorry…dah lama sangat rasanya tak update blog batch ni…
Biasanya Jijie (Faqhrur Razi) lar yang akan tolong update apa-apa berita tentang batch dan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah, tak pun yang berkaitan dengan dunia luar…
So, thanks kat Jijie dengan jasa bakti yang telah disumbangkan untuk batch dengan bermurah hati nak tolong update blog batch ni selalu, ye lar asyik terima message dari si LA je kan, macam menurut titah perintah pula…
Maklumlah si LA tak sempat nak online, lagi-lagi masa cuti semester yang baru je lepas…sekarang ni dah kat universiti pun tak banyak berkesempatan, berkejar-kejar uruskan hal-hal yang berkaitan…
Beberapa minggu yang lepas, si Jijie dikatakan telah masuk ke wad, akibat sakit dada…maybe cam Asthma kot…kesian kawan kita ni, umur muda lagi pun dah ada sakit, tapi katanya sekejap je masuk wad, hanya beberapa jam…
Tapi bila tengok risau dengan keadaan si Jijie tu, dia pun ada mengadu kat LA masa sakit dada, sekarang ni bila tanya Jijie cakap buat tak tahu je…ubat pun Doktor tak ada bagi…
Apa lar, dah suspect siap masuk wad pun tak ada ubat…ke si Jijie sengaja menyembunyikan sesuatu dari LA dan kawan-kawan??
Wat ever pun kesihatan mesti dijaga, LA doakan semua sihat k…
So, dengan masa yang ada ni nak ucapkan

H A P P Y
B I R T H D A Y
1 9 t h

kat kawan-kawan yang lahir pada bulan Disember…
Tak kisah lar,
BELATED ke…
BECOMING ke…
yang penting bila kawan-kawan yang lain terbaca dah pasti dia orang akan teringat…tapi tak dilupa jugak pada kawan-kawan yang lahir pada tahun Hijrah..sekarang ni dah masuk bulan Muharram…baru je sambut Maal Hijrah kan, so

S E L A M A T
H A R I
L A H I R
T A H U N
H I J R A H
K E - 2 0

pada kawan-kawan lahir di bulan Muharram…
kalau nak tahu lagi, umur yang sebenarnya ialah 20 tahun jika ikut tahun hijrah, 19 tahun jika ikut tahun masihi…berbeza kan…
Happy sangat bila dah tengok kawan-kawan yang sambung study di peringkat Ijazah Sarjana Muda, so ucapan tahniah yang nak ditujukan rasanya masih belum terlambat, lagi-lagi kawan-kawan tu semua baru smabung semester kedua pula…
Tahniah sekali lagi kerana dapat menyambung pengajian, hasil berkat usaha dan doa kan…
mmmm…kat bawah ni, LA ada senaraikan nama kawan-kawan kita yang menyambut hari kelahiran pada bulan Disember & Januari…tak dilupan termasuklah yang lahir pada bulan Muharram…hehe…
maybe ada dalam kalangan kita pun tak mengetahui tarikh lahir Hijrahnya…so check lar kot kot ada nama korang semua…


HAPPY BIRTHDAY
DISEMBER

Batch Ex-Form 5 2007
03 Dis: Nurfaraliza – Faraliza
05 Dis: Khairil Shazwan – K-ril
07 Dis: Mohammad Iskandar – East
14 Dis: Nurul Izzati – Titan
15 Dis: Nur Azimah – Azie
20 Dis: Megat Mohd Akmal – Megat
22 Dis: Nur Zulaika Afni – Zue

Batch Ex-Form 3 2007
03 Dis: Norrazam – Azam

Conference of Rulers
11 Dis: Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Others
05 Dis: Last Day Form 5 at SMKAS


HAPPY BIRTHDAY
JANUARI

Batch Ex-Form 5 2007
07 Jan: Nur Hamizah – Miza
12 Jan: Ahmad Taqiuddin – Takek & Nur Amirah – Miradali
15 Jan: Atika – Tikaishak
24 Jan: Nor Alisha – Elis
25 Jan: Mohamad Syukri – Gedek

Batch Ex-Form 3 2005
15 Jan: Noratika – Tikasamian
29 Jan: Muhamad Izwan – Miba
31 Jan: Noor Atiqa Shahrina – Shai

Conference of Rulers
20 Jan: Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah

Others
08 Jan: Ulang Tahun Kemasukan Ke SMKA Segamat (1st Intake Form 1)


HAPPY BIRTHDAY
MUHARRAM

04 Muh: Suhaimi Bin Saleh
07 Muh: Lokman Aiman Bin Karjoo
12 Muh: Mohd Azizi Bin Sulaiman
13 Muh: Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi
15 Muh: Nur Syafiqah Binti Sanik
19 Muh: Muhamad Amzar Sabri Bin Azhar
23 Muh: Muhammad Nazmi Bin Mohamed Nor
25 Muh: Muhamad Nur Aliff Bin Azman
26 Muh: Nur Aida Aliaa Binti Abdul Halim & Siti Nuraqidah Binti Zaini


Ada lagi nak diceritakan ni…
Baru-baru ni si Takek (Ahmad Taqiuddin) sudah tamat pengajian peringkat Sijil di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang…sekarang ni katanya sudah bekerja sebagai Welder @ Fitter, di Handling Ventilation Air Cond, Dynac Sdn. Bhd. …Pasir Gudang juga…start dah November, 2009 lepas…
Kalau nak minta belanja boleh lar kan…hehe…
Bagus lar masih ada tenaga nak bekerja, walhal baru je 19 tahun…tak mahu lar cerita panjang sangat, nanti tersalah cakap (type) cerita pula…
Ermmmm…kawan yang baru lepas STPM hari tu, dengar ada 2 orang yang sudah bekerja…si Pedy (Faidhi Nurhisham) & si Sorb (Amzar Sabri), memang berjiwa kental…katanya Pedy bekerja di Panggung Wayang, tapi xtau lar sebagai penjual tiket ke o penjual popcorn…hahaha…
Tapi yang penting agak sesuai lar dengan penampilan si Pedy kerja kat Cinema tu…maybe kat JB kot, maklum lar kedai ayahnya sudah pun dijual kepada orang lain yang mana menjadi tempat kebiasaan dia “bercuti” time cuti sekolah…
Si Sorb pula bekerja di pasar malam…ermmm lebih kurang lar, tolong-tolong jual di pasar malam kot, katanya start kerja pukul 3 petang, so gayanya macam bekerja di pasar malam…tak apa lar janji rezeki halal & tak menghabiskan masa dengan begitu jer kan..sekarang pun dah payah nak message dengan si Sorb tu, sibuk sangat, silap hari bulan jadi tauke besar nanti…
Tak dilupakan juga si Nik (Nik Mohammad Norhafiz) yang sudah pun mendapat tawaran ke Kolej Teknologi Makmal Perubatan, KL...diploma juruteknologi makmal perubatan…tak apa lar Nik yang penting niat nak belajar, tak semestinya belajar untuk mendapatkan sekeping sijil atau unutk bekerja, tapi belajarlah untuk merasakan kemanisan ilmu yang amat luas di dunia ni…semakin banyak yang kita belajar so semakin banyak yang masih kita tak tahu…
Ye lar…kalo belajar dah sampai degreee tapi perangai tak jadi contoh pun buat apakan…ingat tau belajar “short cut” tu bahaya…tapi kalau pandai nak buat macam mana…dah rezeki tahap itu…
So sorry cakap macam ni, kadang-kadang terasa cam geram juga…ceh!! Tak ada lar…


T A H N I A H
N I K ! !


Baru-baru ni, dapat tahu lagi tentang kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran di UiTM…berita dapat menyambung pengajian ke peringkat Degree diterima LA dari si Craj (Siraj Munir) & si Wan (Nor Ahmad Zakwan)…katanya yang cemerlang untuk 3 semester awal di peringkat Diploma menerima tawaran melanjutkan ke peringkat Degree..senang cakap yang dapat DL 3 kali boleh ke Degree…Nak dijadikan cerita si Wan & Craj dapat tawaran tersebut, tetapi keputusan si Wan sampai hari ni tak dibagitahu pada LA…so?? LA tak tahu lar si Wan dapat ke tak…kalau si Craj keputusannya semester depan, ye lar dia kan lambat satu sem daftar…
Tang penting apa-apa pun TAHNIAH untuk siapa-siapa yang menerima tawaran tersebut, sekali lagi…….


S E L A M A T
M E N J A L A N I
K E H I D U P A N
S E B A G A I
M A H A S I S W A / S I
U N I V E R S I T I


Hermmm…penat juga manaip ni, agaknya sampai sini je kot…
LA harap sangat kepada kawan-kawan semua terutama yang membaca blog batch ni, harap kalian tak “senyap” begitu sahaja…contact-contact yang lain, LA pun sentiasa menanti berita dari kalian…message pun cukuplah…
Kesian pada yang masih belum melangkat ke alam universiti, ingat-ingat lar kawan kita, mereka lar pelengkap di zama sekolah dahulu…
Terakhir…


S E L A M A T
T A H U N
B A R U
2 0 1 0


Bye…wassalam….









KENANGAN TERINDAH

Teringat…
Tahun 2003 sehingga 2007…
Hanya zaman persekolah sahaja mengajar kita erti sahabat dan remaja,
Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tak akan kembali lagi,
Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing,
Mungkir sukar unutk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah,
Memang pun sukar tapi tidak mustahil jika ikatan kita tidak dipersiakan,
Belajar…
Bergurau…
Bermain…
Ke surau…
Ke kantin…
Ke tandas…
Di sebuah sekolah, aspura & aspuri menjadi saksi…
Semuanya bersama…
Terbukti zaman remaja adalah zaman yang sukar dilupakan,
Mungkin satu hari nanti kita kan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah,
Jadi hargailah zaman remaja dan persekolahan anda,
Sayang korang…

p/s: sedih sangat bila LA baca, ni LA type semula message yang diterima dari kawan yang hanya beberapa lama dapat bersama ketika LA di lower 6 SMKA segamat…thanks Echa (Aisyah) kerana menyedarkan LA kenangan yang amat berharga tu…u c that?? = (











Keputusan PMR 2009

Friday, December 25, 2009

24 Disember 2009...
Tarikh yang telah ditetapkan oleh kementerian untuk mengeluarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seluruh Malaysia...
So ni la result bagi pelajar tingkatan 3 SMKAS 2009....


9A > 15 Orang
8A 1B > 19 Orang
Tiada mata pelajaran memperoleh 100% A
Peratus keseluruhan : 98.1 %
GPS : 1.41
Kedudukan antara sekolah : Ke-2 dalam daerah Segamat selepas SMK Seri Kenangan

Tahniah kepada junior2 yang berjaya...
Harap batch seterusnya akan menaikkan nama sekolah...

Belia Segamat Serang Batu Pahat??????

Sunday, December 13, 2009

salam...::
hahaha...amacam tajuk?nak tau kisah disebalik tajuk ini?ikuti kisah ini...

tarikh: 12 Disember 2009
hari : Sabtu

kisahnye bermula jam 8pagi....Shazni selaku driver telah mengambil belia2 laen iaitu Azizi(Pop),Syukri(Gedek),Zakwan dan Jijie..Dengan menaiki kereta Waja milik Sha, belia dari Segamat ini meneruskan perjalanan menuju destinasi yang ingin dituju iaitu Batu Pahat(BP)..Hasil pemanduan cekap driver,belia dr sgmt ini telah tiba di batu pahat sekitar jam 10 pagi...Belia2 ini telah berehat di Hamid Corner (kat Carrefour sblh Square One)dan merancang strategi untuk menyerang belia2 di BP...Zakwan telah menelefon Lokman...Beliau kata yang beliau berada di kebun bersama bapanya....AHHH!!! takut nak jmpe,ade je alasan....Seterusnya,Khidir manjadi mangsa...Tapi malangnya operator mengatakan bahawa "NUMBER IS NOT IN SERVICE"...lagi la tkot...hahaha,,, Syafiq Hilmi @ Komanden PBSM @ Yaye telah melarikan diri ke Pekan Nenas kerana tidak berani untuk menentang pasukan belia dr sgmt....Belia dr sgmt merasakan kemenangan dalam diri masing2...11 pagi...Hasil perbincangan diteruskan untuk serangan seterusnya...MBO Cinema menjadi sasaran...Ninja Assasin jam 12 menjadi pilihan..Sementara menunggu masa yang ditetapkan,Inbox karaoke menjadi tempat persinggahan untuk warm up..5 lagu menjadi pilihan iaitu Rendang tak berbuah,Suara Cinta,lagi 2 x igt plak dan yang terakhir Its My Life..Tbe2 lokman call dan cakap nak jmpe...Sungguh berani mamat sorg ni...Jam 12.50 lokman tiba dan berjumpa belia dari segamat...hahaha..ada hati nak lawan 1 dengan 5....mereka suma masuk ke dalam MBO dan saksikan Ninja Assasin..1 jam 30 minit berlalu,aksi pon da tamat...Lokman keluar dengan layunya..Belia dari sgmt berasa lapar selepas beraksi dan lokman dipaksa untuk bawa mereka semua ke tempat makan...Destinasi seterusnya Tasik Y...Sume telah makan dengan lahapnya...dalam masa yang sama,Lokman selaku orang kuat BP telah dihentam habis-habisan oleh belia dari sgmt...Kerna tidak puas hati diperlakukan sebegitu rupa...lokman telah memanggil Khidir untuk mem-back-up nye tanpa diketahui oleh belia2 dari sgmt melalui khidmat pesanan ringkas...Setelah siap makan,destinasi sterusnya ialah Masjid Dato Bendahara Luar...Paham2 la wat apa di sana yer....Ketika belia2 dr sgmt sedang berhat di surau,tiba2 khidir tiba bersama AE86 dan masuk ke markas mereka...Mereka sume terkejut dengan kehadiran khidir...Memandangkan berada di rumah ALLAH,mereka memilih BP Mall sebagai tmpat untuk beradu...Tiba di BP Mall,tempat bowling menjadi saksi bg belia dari sgmt dan bp..Sgmt 5-BP 2...mesti la tau sape menangkan????Tanpa disangka rupanya ada bantuan laen dari BP..Zaki farhan @ Sepet tiba bersama Taufiq @ Jawe untuk membantu mempertahankan kawasan mereka....Segamat 5-Bp 4....semakin sengit nampaknya...Dari jauh,msuk pula Ridhwan @ Wantong yang cuba ingin membantu,tapi apakan daya,telah kecundang awal kerana ingin pergi makan..hahaha...Kerana merasakan tempat itu tidak sesuai melakukan aksi yang tidak sesuai untuk tontonan umum,Pantai Minyak Beku menjadi pilihan seterusnya,,,WAJA,AE86 DAN JUGA RALLY,meneruskan perlumbaan ke tempat yang dituju....Tiba disana,warung menjadi saksi pertemuan mereka semua... Pelbagai hal yang diperbincangkan,diperceritakan,dibahaskan dan apa2 lagi ntah... Sedar tak sedar jam menunjukkan kul 6.15,,,masjid dato'bentara luar menjadi saksi pertemuan sekali lagi...di sana,sume belia dari BP mengaku kalah dan pulang ke rumah masing2...kemenangan telah memihak pada pihak belia dari segamat...Belia dari segamat pon pulang ke daerah tercinta..7.10 berenti sebentar di masjid yong peng, dan seterusnya berenti di chaah untuk mengenyangkan perut masing2..gedek je yang diet...hahaha..jam 9.30 sumenya tiba dengan selamat di rumah masing2...

itu sahaja yang dapat diceritakan...
cerita telah diolah untuk menyedapkan sahaja...
arap anda paham maksud,msj yang ingin disampaikan....
lau x phm.give ur komen ok...
andai ada terkasar bahasa,tekasar bahasa,harap dimaafkan k...
2 kelemahan penulis...ahhahahaha


KENANGAN TERINDAH DI PANTAI MINYAK BEKU BATU PAHAT


disertakan sekali kenangan ktorg disana,
rindu korg sume...
frenz 4 eva ...
hasil,olahan.....

.........razi..........

Dah sampai ipoh belum?

Sunday, November 29, 2009

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Jemputan Ke Majlis Kenduri Kahwin

Friday, November 20, 2009

...::salam..
kepada semua ahli batch,lelaki dan perempuan,jepmutan ke kenduri kahwin seperti butiran berikut:
Jemputan dari:Muhammad Syukri Bin Ab Rahman ( Gedex )
Perkahwinan : Abang kepada gedek
Tarikh: 29 november 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Awam, Kg.Jawa,85000,Segamat,Johor,Malaysia
Masa 11 pagi - 4 petang


Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430H..
p/s:sebarang pertanyaan lanjut leh diajukan melalui
1.post comment
2.email kepada mybatch.form5@gmail.com,atau aiman.ksu@gmail.com
3.berhubung terus ke gedek..

Ajak la kawan2 batch datang sekali..
Info from LA

6 perkara Allah sembunyikan

Wednesday, November 18, 2009

Wallahua’lam…..Bismillahirrahmaa nirrahiim….





6 perkara Allah sembunyikan



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu

Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang

bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah

kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan

datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.'



Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu

mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


tazkirah from...Amalina Nurhidayah....

The Eleventh Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, November 9, 2009

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (born 14 January 1948) is the eleventh Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Malaysia.

Tuanku Muhriz is the only son out of six children of the late Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan from 1960 to 1967, and of his consort, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Born in 1948, Tuanku Muhriz received his early education at the Tuanku Muhammad and Tunku Besar Schools in Tampin, the King George V School in Seremban, Negeri Sembilan and later at the Aldenham School in the United Kingdom.

Tuanku Muhriz obtained a degree in law (LLB) from the University College of Wales at Aberystwyth (later known as the University of Wales, Aberystwyth).

He began his career in an international bank in Malaysia and became a director and shareholder of a company licensed as brokers in interbank foreign exchange and in the currency deposits market(1973–1986). He was the chairman and shareholder of a Malaysian joint venture with a worldwide advertising agency (1981–1992), chairman and director of a joint venture company involved in the manufacturing of building products(1995–1998) and a director and shareholder of a company engaged in electrical engineering and construction (1995 to present). He has been on the board of directors of Bangkok Bank since 2006.

Tuanku Muhriz was made Tunku Besar, or heir presumptive in 1960. However, he was bypassed by the Council of Undangs Yang di-Pertuan Besar when his father died in 1967 for his uncle, Tuanku Jaafar. Tuanku Jaafar was elected by the Undangs as the 10th Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan.

The Negeri Sembilan Constitution states that the order of succession should first be the sons of the previous Ruler, followed by the grandsons of the previous Ruler, then by the brothers of the previous Ruler, and only then by the sons of the brothers of the previous Ruler.

Tuanku Muhriz was first in the order of succession before the death of Tuanku Munawir, followed by Tunku Jaafar and Tunku Abdullah. When Tuanku Munawir died, Tuanku Muhriz was not chosen. Instead the council chose his half-uncle Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, a diplomat. It has been suggested that the then Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, influenced the Undangs not to choose Tuanku Muhriz on account of his youth (he was then only eighteen).

On 29 December 2008, The Council of Undang proclaimed him as the 11th Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan succeeding Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman who had died on 27 December 2008. It has been learnt that many prominent Malaysians had backed Tuanku Muhriz to succeed as the Ruler of Negeri Sembilan in view of his modest and dignified personality and by his having a successful corporate career.

Due to a life-long habit of keeping a low profile, Tuanku Muhriz was largely unknown outside royal circles in Negeri Sembilan. However, Tuanku Muhriz was hardly the underdog in the intense negotiations that was played out for the position of Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan. During the closed discussions to elect the successor to the late Tuanku Jaafar, at least two, if not all four of the Undangs strongly championed his candidacy. They refused to budge when it was suggested that they consider Tunku Naquiyuddin, Tuanku Jaafar's eldest son, instead as the next Ruler of Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz has throughout his life established and maintained strong ties with the Undangs, the general nobility, the lesser royalty and people of Negeri Sembilan, and more so since moving back to the state a few years ago. He also has powerful backers within the political establishment in the state, with the former state Menteri Besar Tan Sri Isa Samad among his supporters.

There has been a quiet campaign by his loyal supporters at state and federal level to portray him as a well-spoken and well-educated man; someone who had the great strength of character to put aside the disappointment of not being appointed Ruler of the state in 1967: and who continues to lead a dignified and respectable life.

His supporters said that in contrast to members of Tuanku Jaafar's family, Tuanku Muhriz shuns publicity and though he can be very progressive in his outlook, he seems more rooted in traditional ways. Tuanku Jaafar's family are said to be completely devastated with the decision of the Undangs to select Tuanku Muhriz over Tunku Naquiyuddin. They too had several powerful politicians in their camp but the Undangs were not to be swayed.

Tuanku Muhriz is married to Terengganu princess Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud and the royal couple have three sons: Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al’Abidin Muhriz, and Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Wednesday, November 4, 2009

S E L A M A T
M E N G H A D A P I
P E P E R I K S A A N
A K H I R
S E M E S T E R
2 0 0 9 / 2 0 10

kepada semua rakan-rakan yang berjuang di IPT seluruh negara juga di luar negara...

HAPPY BIRTHDAY NOVEMBER

HAPPY BIRTHDAY NOVEMBER

01 Nov: Izzah Mawaddah
02 Nov: Nor Izaty Samsuri
03 Nov: Norazizan & Mashitah
12 Nov: Siti Hajar
13 Nov: Mohd Shazni
14 Nov: Faqhrur Razi
17 Nov: Nurul Hamizah & Nurfarahin
19 Nov: Nazri
26 Nov: Nur Amalina Kamal Din
28 Nov: Muhammad Khaidir
30 Nov: Amalina Nurhidayah

01 Nov: Mohamad Zulhilmi
27 Nov: Muhammad Haniff

12 Nov: Ulang Tahun SPM 2007 Ke-2 (12 Nov – 4 Dis)
14 Nov: Ulang Tahun Blog Batch Pertama (dibuat)
15 Nov: Ulang Tahun Blog Batch Pertama (dilancarkan)
30 Nov: Hari Aids sedunia

HAPPY BIRTHDAY OKTOBER

HAPPY BIRTHDAY OKTOBER

04 Okt: Nur Atiqah Hamzah & Nooraziah
10 Okt: Izzul Izzuddin
12 Okt: Muhammad Zaki Farhan
13 Okt: Abu Soffian & Muhammad Zulfadli
14 Okt: Faidhi Nurhisham
22 Okt: Nur Hezzarith
23 Okt: Nor Rawdhah
25 Okt: Mohd Zairi & Nur Asyikin
30 Okt: Nurul Najihah

11 Okt: Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah
24 Okt: Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Tahniah buat family Lokman Aiman

Wednesday, October 21, 2009

Salam tahniah buat family Lokman Aiman yang telah menerima ahli yang baru dilahirkan oleh kakaknya,Hanimah...Selamat lahirkan baby boy pada ari Khamis,15 Okt 2009, Jam: 11:38AM waktu Ireland, 6.36PM waktu Malaysia.. Berat baby: 3.13KG... Nama yang diberi: Muhammad Najmuilmi Hakim Bin Mohd Najmuddin.... Maksudnye> Yang terpuji bintang ilmu adil..

Kala nk tgok gmbr,leh layari laman blog ini...

http://miraclesdohappen-humairah.blogspot.com

Salam Takziah

Ucapan dan salam takziah dari pihak MYBATCH buat family Nazri Zin @ Jeri atas kematian bapa saudaranya : En.Zubir Bin Ahmad, pada 18 Okt 2009 jam 2100, dan juga anak saudaranya : Shah Fakhrur Idzham Bin Norazni, pada bulan Ramadhan yang lepas, berumur 3 tahun, disebabkan ketumbuhan dalam hati...

Semogo roh almarhum sentiase dicucuri rahmat..
Al-Fatihah......

Slide gambar

Saturday, October 17, 2009

Zairi's Operation at PSH Melaka

Thursday, September 10, 2009




Perutusan Perdana Menteri Malaysia


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI KE-52


1 MALAYSIA : rakyat DIDAHULUKAN, pencapaian DIUTAMAKAN



Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52
Sunday, 30 August 2009


Di bawah ialah teks perutusan Hari Kebangsaan yang saya sampaikan sempena 52 tahun Malaysia merdeka.


PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAKPERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 30HB OGOS 2009 (AHAD), JAM 9 MALAM




BismillahirahmannirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.Tuan-tuan dan Puan-Puan,



1. Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T justeru di atas rahmat dan limpah izinNya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut hari kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


2. Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.


3. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan.


4. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.


5. Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


6. Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.


7. Sayangnya , masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ianya bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka.


8. Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini. Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.


9. Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.


10. Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang di dendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau. Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah. Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat.


11. Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda. Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko. Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


12. Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan.


13. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.


14. Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju. Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara.


15. Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia . Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjukNya jua.


Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Lambang 1 Malaysia

KEBERANGKATAN MOX

Thursday, September 3, 2009

...::.Salam
Sahabat kita iaitu MUHAMAD NAZMI a.k.a MOX akan mula belayar pada 9 September 2009..
Beliau berpesan supaya mendoakan agar selamat pergi dan pulang...
Kami dari pihak MYBATCH ingin mengucapkan semoga berjaya sahabat...jangan lupakan kawan2 di sini..semoga anda dirahmati dan diberkati ketika dalam pelayaran...
Keep it UP bro...
GOOD LUCK AND ALL THE BEST 2 YOU....
WE'RE HERE ALWAYS PRAY 4 YOUR SUCCESS AND OTHERS....

JADUAL TRIAL STPM 2009

Tuesday, September 1, 2009

4 SEPTEMBER (JUMAAT) > PENGAJIAN AM 2
7 SEPTEMBER (ISNIN) > PENGAJIAN AM 1
9 SEPTEMBER (RABU) > BAHASA ARAB 1
10 SEPTEMBER(KHAMIS) > BAHASA ARAB 2
11 SEPTEMBER (JUMAAT)> SEJARAH 1
14 SEPTEMBER (ISNIN) > SEJARAH 2
15 SEPTEMBER (SELASA)> USULUDDIN 1
16 SEPTEMBER (RABU) > USULUDDIN 2
17 SEPTEMBER (KHAMIS)> SYARIAH 1
18 SEPTEMBER (JUMAAT)> SYARIAH 2

ni adalah jadual trial sahabat2 kte yg menduduki stpm..
so sme2 la kte doakan mereke..
semoga mereka diberi ketenangan dan dipermudahkan untuk menjawab soalan.
good luck to all of you from MYBATCH.

Birthday of September

Saturday, August 29, 2009

02, 03 & 04 HAPPY ULANG TAHUN UPSR 2002
05 - Siti Zainab – Jenab (UIAM)
09 - Mohamad Najib – Najeeb (UPM)
09 – Izzul Iyadh – Ijol (KPTM BANGI)
09 - Ainifatiha – Aini (UniMAP)
11 - Nur Aishah - Kcot (KPTM Cheras)
21 - Mohd Afiq Abhar - Baha (POLI MERLIMAU)
22 - Mohamad Rasydan – Adan (KMJ)

09 – Rahmah (last Form 3)
13 - Muhammad Nizar – Nizar (last Form 3)
19 - Mohamad Hisyamuddin Siddiq – Sidiq Kecik (last Form 3)
20 - Muhammad Afiq - Tanya (last Form 3)
21 - Nurazlan – Alan (last From 3)
23 - Noraisyah – Aisyah Rosli (last Form 3)
24 - Muhammad Abdul Fattaah – Fatah (last Form 3)
28 - Muhammad Syahmi – Syami Sahar (last Form 3)
29 - Muhammad Ikhwan - Luwie (last Form 3)

14 – Ust Irwan
27 - Ust Azli

13 - Tuan Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak
16 – Tuan Yang Di-Pertuan Negeri Sabah

Keratan Kosmo 21 Ogos 2009

Friday, August 21, 2009

KERETA MELAMBUNG MERAGUT DUA NYAWA PELAJAR UniMAP

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


Edgar Emerald Fredirick kiri dan kanan Muhammad Syafiq Izzudin Mohd. Baharom

KANGAR - Dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta Perodua Kelisa yang dinaiki terbabas ke dalam bulatan Jubli Emas di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, kenderaan terbabit dipercayai terbabas setelah gagal mengelak pembahagi jalan berhampiran simpang bulatan itu lalu melambung dan terhempas ke dalam bulatan berkenaan.

Akibatnya, dua penumpang yang duduk di belakang terkorban iaitu Muhammad Syafiq Izzudin Mohd. Baharom dan Edgar Emerald Fredirick manakala pemandunya, Calvin Kabin Chong serta Naisardian Syah Mohamad penumpang hadapan cedera parah.

Seorang lagi penumpang, Aini Fatihah Mohd. Sabilan yang duduk di bahagian tengah belakang mengalami cedera ringan.

Kesemua mereka berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu falkuti kejuruteraan dan pelajar terselamat dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Menurut Naisardian, sebelum kereta dinaiki mereka melambung, dia sempat menjerit kepada Calvin ada bulatan di hadapan.

"Ketika itu, Calvin memandu pada kelajuan 110 kmj dan tidak sempat menekan brek dan sedar-sedar kereta kami berada di udara lalu merempuh tiang lampu dan terhempas ke dalam bulatan itu.

"Keadaan waktu itu, baru lepas hujan dan jalan raya gelap mungkin punca Calvin tidak menyedari terdapat bulatan di hadapan," katanya ketika ditemui di wad orto- pedik HTF.

Menurut Naisardian, Calvin memandu laju ketika itu kerana mahu pulang ke kolej kediaman ekoran mengalami gatal-gatal pada badan setelah digigit nyamuk di gerai tempat mereka makan malam itu.

"Kami keluar dari kolej kediaman kira-kira 11 malam untuk makan di Arau, ketika makan di sebuah gerai kami tidak selesa kerana digigit banyak nyamuk dan bergegas pulang," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Suprintendan Rosli Yahaya, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, sumber lain tidak menolak kemungkinan kenderaan terbabit dipandu agak laju ketika menghampiri bulatan, sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan.

Perkembangan terbaru Apex

Sunday, August 16, 2009

Salam
ni ade latest news psl sahabat kte zairi @ apex,
apex akan dibedah untuk kali kedua pada ari selasa depan bersamaan 18 ogos..
tebukan ari 2 x ok sgt...so akan ditebuk lg skali paru-parunyer...
di harap kawan2 yg ade mase terluang leh la melawat apex kat Specialist Putra Hospital, wad laki tingkat 10, bilik 07, katil 14K,kawasan bandar ,sebelah Selat Melaka

Al Fatihah Untuk Zairi @ Apex

Sunday, August 9, 2009

This is a latest information that MYBATCH received this morning..
Sedekahkan Al Fatihah kepada Zairi atau dikenali sebagai Apex ( Form 6 SMKAS ) kerana dada kirinya telah selamat ditebuk mlm td di hospital...
Kini sahabat kita berada di dalam wad dan terpaksa di tahan selama seminggu...
Moga2 dada beliau akan kembali normal dan dapat meneruskan pjuangan utuk STPM yg akan menjelang tiba tidak lme lg.....

09/08/2009

Anak2 Bulan Kemerdekaan

Sunday, August 2, 2009

di sini lahirnye beberapa nama yang lahir pada bulan Ogos...list ini disediakan atas keinginan sahabat kte yang lahir 3 ogos...nanti korang tengok la sendiri..xnak bgtau...
hahaha...so here are the names...

03 OGOS > AZIZI SULAIMAN
04 OGOS > NURISHAQ MOHD FAUZI
06 OGOS > SYAFIQAH SANIK
10 OGOS > AMZAR SABRI
14 OGOS > NAZMI MOHAMED NOR
16 OGOS > ALIFF AZMAN
17 OGOS > AIDA ALIA & AQIDAH ZAINI
29 OGOS > NIK MOHAMMAD NORHAFIZ & NADIAH YAHYA

so 2 all of you,hepi bezday,semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang perlu diuruskan...hahaha..hadiah boleh amek kat sesiapa yg korg nak...hehehe...so gudluck 2 all of you,anak2 merdeka kamu semua ni....
Malaysiaku Gemilang....
Gemilang,Cemerlang,Terbilang

Bagaimana Tingkatkan Kelajuan Internet Dengan Mozilla Firefox

...::salam
da lame da x update blog ni...so di saat ini,saya ingin la kongsi sedikit info...
orang selalu mengeluh internet lembap la,ape la...so di sini ade sedikit tips tok korang...lau nak cube,try la...2 pon lau anda berani..hahaha....just follow this steps k...

1. Buka Mozilla Firefox.
2. Pada ruangan Address, taipkan about:config
3. Kemudian Tekan “ENTER”
4. Pada ruangan Filter, taipkan “NET” dan cari “network.http.max-connections-per-server” dan klik 2 kali pada item tersebut.
5. Taipkan apa-apa nilai yang melebihi 8 ( contoh : 9999999)
6. Tekan “OK”
7. Kemudian cari “network.http.pipelining-max-request” dan klik 2 kali.
8. Masukkan apa-apa nilai yang melebihi 4 ( contoh : 9999999)
dan tekan “OK”

Sekarang anda dapat lihat, nilai untuk kedua-dua “Preference Name” tadi telah berubah.
Seterusnya, tutup Mozilla Firefox dan “Start” kembali Mozilla Firefox.





Siap !!
Sekarang anda sudah “Hack” Mozilla Firefox anda untuk memberikan kelajuan yang
maksimum untuk anda melayari internet. Namun begitu, kelajuan internet yang dapat di
paparkan oleh “Hack” tadi bergantung juga kepada “Internet Provider” anda.
Sebagai contoh, anda mempunyai sambungan internet melalui “Wi-Fi” yang berkelajuan
54Mbps, Mozilla Firefox akan memaksimumkan jumlah connection ke laman web yang anda
inginkan berdasarkan 54Mbps. Begitulah di sebaliknya.


Jika korang da try,leh la bg komen kat cni....
mne tau ade org puas ati n xpuas ati...
DIINGATKAN LAGI SEKALI BAHAWA PENGGUNA MOZILLA JE YANG LEH TRY...
RISIKO UNTUK MELAKUKAN AKSI INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI....
Sekian,terima kasih....

Sahabat Form 6 SMKA Segamat

Friday, July 3, 2009



SMKA Segamat wakil ke Peringkat Kebangsaan - Kawad Kaki NGO: P





SMKA Segamat wakil ke Peringkat Negeri