Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010 – PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009 BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

Saturday, May 8, 2010

Tarikh : 08 Mei 2010
Bersamaan : 24 Jamadil Awal 1431

Assalamualaikum w. b. r. & selamat sejahtera

Seperti nama yang dilampirkan,
Jawatankuasa Program,
Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009
Bersama Pentadbir Sekolah.

Saudara / Saudari,

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010 – PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009 BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009 Bersama Pentadbir Sekolah telah diluluskan dan disahkan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Siti Esah Binti Abd. Latip, Pengetua SMKA Segamat pada 05 April 2010 yang lepas.

2. Sehubungan itu, saudara / saudari diminta menghadiri satu mesyuarat sebagai mana butiran berikut:

Tarikh : 16 Mei 2010
Hari : Ahad
Bersamaan : 01 Jamadil Akhir 1431
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Daerah Batu Pahat (seperti alamat yang dilampirkan)

3. Untuk pengetahuan saudara / saudari sekalian, mesyuarat tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan persiapan dan pembahagian tugas demi memastikan program berjalan dengan lancar. Justeru, kehadiran akan diambil kira untuk melihat sejauh mana komitmen saudara / saudari sebagai ahli jawatankuasa program.

4. Turut dilampirkan senarai nama ahli mesyuarat, senari maklumat berkaitan dan maklumat penuh program sebagai rujukan serta maklumat selanjutnya. Saudara / saudari juga diminta membuat satu salinan surat ini beserta yang dilampirkan dan hendaklah dibawa ketika menghadiri mesyuarat. Akhir kata, semoga saudara / saudari sekalian senantiasa dalam keadaan sihat dan ceria jua. Semoga ia akan memberikan manfaat kepada masa depan pendidikan negara dan warisan tanah air tercinta, Malaysia.

“Pengorbanan yang sejati,
Disanjung tinggi,
Moga diberkati,
Terima kasih daun keladi.”

Sekian, wassalam.


“BERSATU DEMI FAEDAH INSAN,
ALUMNI PEMBINA GENERASI BERWAWASAN”

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Yang menjalankan tugas,



(LOKMAN AIMAN BIN KARJOO)
Setiausaha,
Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009
Bersama Pentadbir Sekolah.

0 comments: