Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

Thursday, March 12, 2009

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Cetak artikel | Hantar

berita STPM 2008

...::salam

pada 10 Mac 2009, keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) 2008 telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ) di semua pusat peperiksaan termasuklah SMKA Segamat...
SMKA Segamat telah mencapai Gred Purata Sekolah ( GPS ) 2.47, 7 orang memperoleh 5P dan hanya 2 orang sahaja 3A...pelajar cemerlang atau terbaik STPM 2008 ialah NUR HAMIMAH dengan pencapaian 3A2B...
walau apa pun TAHNIAH daripada Alumni SMKAS Batch F0rm 5 SPM 2007...

Tazkirah Cool Fm

Sunday, March 8, 2009

Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"

Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"

Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"

Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"

Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"

Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"

Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.

Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"

Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
sumbangan BERNAMA
bernama siapa???KUI3
hamba ALLAH,,,