Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

Keratan Kosmo 21 Ogos 2009

Friday, August 21, 2009

KERETA MELAMBUNG MERAGUT DUA NYAWA PELAJAR UniMAP

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


Edgar Emerald Fredirick kiri dan kanan Muhammad Syafiq Izzudin Mohd. Baharom

KANGAR - Dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta Perodua Kelisa yang dinaiki terbabas ke dalam bulatan Jubli Emas di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, kenderaan terbabit dipercayai terbabas setelah gagal mengelak pembahagi jalan berhampiran simpang bulatan itu lalu melambung dan terhempas ke dalam bulatan berkenaan.

Akibatnya, dua penumpang yang duduk di belakang terkorban iaitu Muhammad Syafiq Izzudin Mohd. Baharom dan Edgar Emerald Fredirick manakala pemandunya, Calvin Kabin Chong serta Naisardian Syah Mohamad penumpang hadapan cedera parah.

Seorang lagi penumpang, Aini Fatihah Mohd. Sabilan yang duduk di bahagian tengah belakang mengalami cedera ringan.

Kesemua mereka berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu falkuti kejuruteraan dan pelajar terselamat dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Menurut Naisardian, sebelum kereta dinaiki mereka melambung, dia sempat menjerit kepada Calvin ada bulatan di hadapan.

"Ketika itu, Calvin memandu pada kelajuan 110 kmj dan tidak sempat menekan brek dan sedar-sedar kereta kami berada di udara lalu merempuh tiang lampu dan terhempas ke dalam bulatan itu.

"Keadaan waktu itu, baru lepas hujan dan jalan raya gelap mungkin punca Calvin tidak menyedari terdapat bulatan di hadapan," katanya ketika ditemui di wad orto- pedik HTF.

Menurut Naisardian, Calvin memandu laju ketika itu kerana mahu pulang ke kolej kediaman ekoran mengalami gatal-gatal pada badan setelah digigit nyamuk di gerai tempat mereka makan malam itu.

"Kami keluar dari kolej kediaman kira-kira 11 malam untuk makan di Arau, ketika makan di sebuah gerai kami tidak selesa kerana digigit banyak nyamuk dan bergegas pulang," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Suprintendan Rosli Yahaya, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, sumber lain tidak menolak kemungkinan kenderaan terbabit dipandu agak laju ketika menghampiri bulatan, sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan.

Perkembangan terbaru Apex

Sunday, August 16, 2009

Salam
ni ade latest news psl sahabat kte zairi @ apex,
apex akan dibedah untuk kali kedua pada ari selasa depan bersamaan 18 ogos..
tebukan ari 2 x ok sgt...so akan ditebuk lg skali paru-parunyer...
di harap kawan2 yg ade mase terluang leh la melawat apex kat Specialist Putra Hospital, wad laki tingkat 10, bilik 07, katil 14K,kawasan bandar ,sebelah Selat Melaka