Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

Barita Harian 29 April 2009

Wednesday, April 29, 2009

INFO : Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

# Tahap 1 � Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.

# Tahap 2 � Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.

# Tahap 3 � Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.

# Tahap 4 � Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.

# Tahap 5 � Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.

# Tahap 6 � Fasa pandemik yang menunjukkan wabak akan menular ke seluruh dunia.

WHO Keluar Amaran Tahap 4 Wabak Selesema Babi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak membuat lawatan ke luar negara berikutan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4, yang bermaksud wabak selesema babi sudah menular daripada manusia ke manusia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata peningkatan tahap itu menunjukkan ada kemungkinan wabak berkenaan menular di kalangan komuniti di seluruh dunia.
Dalam kenyataannya semalam, Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai yang sakit ketika dalam perjalanan antarabangsa, supaya segera mendapatkan rawatan doktor.
Agensi berita AP melaporkan, WHO meningkatkan tahap amaran itu selepas 152 kes kematian dicatatkan di Mexico akibat wabak berkenaan.Virus selesema babi juga disahkan merebak ke tiga lagi negara - Britain, Israel dan New Zealand, manakala pakar tidak menolak kemungkinan wabak itu sudah merebak lebih jauh lagi.
Dr Mohd Ismail bagaimanapun menegaskan, setakat ini Malaysia bebas daripada wabak selesema babi.
Begitupun, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan persediaan sejak Ahad lalu, termasuk mengaktifkan Bilik Gerakan Bahagian Kawalan Penyakit untuk memantau perkembangan wabak itu."Kementerian juga meningkatkan pemantauan 'influenza-like illness' di semua peringkat kemudahan kesihatan, termasuk swasta dan kerajaan serta mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat Mexico, Amerika Syarikat, Kanada dan negara lain yang dilanda dengan penyakit itu," katanya.
Beliau berkata, saringan tanda jangkitan selesema babi di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimulakan kelmarin.
Sejak itu, 428 penumpang serta krew syarikat penerbangan dari negara atau kawasan yang dilanda wabak itu sudah disaring dan diberi Kad Amaran Kesihatan serta Borang Deklarasi Kesihatan. Sehingga kini, tiada kes dikesan.
Dr Mohd Ismail berkata, kementerian akan membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak selesema babi untuk maklumat orang ramai dan langkah kawalan serta pencegahan diambil oleh kerajaan.Mengikut laporan yang dikeluarkan WHO kelmarin, terdapat 40 kes selesema babi atau virus H1N1 disahkan melalui ujian makmal di Amerika Syarikat dan 26 kes di Mexico dengan tujuh kematian.
Di Mexico juga, 1,840 kes yang disyaki selesema babi dilaporkan dengan 104 kematian. Enam kes pula disahkan di Kanada, Scotland (dua) dan Sepanyol (satu) tetapi tiada kematian dilaporkan di tiga negara berkenaan.New Zealand melaporkan 25 kes disyaki selesema babi, manakala tiada kes dilaporkan di negara lain.Sementara itu, ketika dihubungi Berita Harian, Dr Mohd Ismail berkata, kementerian membuat pesanan tujuh lagi alat pengimbas suhu bagi menyaring penumpang di KLIA dan urusan berkenaan dijangka mengambil masa antara empat hingga enam minggu.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi boleh menghubungi talian 03-8881 0200/0300 pada waktu pejabat atau melayari laman web Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.my.

> Berita Harian 29 April 2009

Tiada Tanda Virus Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Tiada kes membabitkan tanda jangkitan virus selesema babi dilaporkan berlaku di negara ini ketika ia mengorbankan banyak nyawa terutama di Mexico, baru-baru ini.
Jurucakap bilik gerakan Kementerian Kesihatan, berkata meskipun belum ada sebarang laporan diterima, pemeriksaan membabitkan pelancong yang masuk ke negara ini sama ada menerusi lapangan terbang atau pelabuhan di seluruh negara tetap diteruskan.
"Setakat ini, kami belum lagi menerima sebarang laporan jangkitan selesema babi sama ada membabitkan pelancong daripada beberapa negara (seperti Mexico dan Amerika Syarikat) atau juga rakyat negara ini yang pernah berkunjung ke negara terbabit," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Kelmarin, akhbar melaporkan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada paras tertinggi, termasuk mengaktifkan semula Pelan Tindakan Menghadapi Wabak Influenza berikutan ancaman selesema babi yang sudah menular ke beberapa negara.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuka dua pusat kuarantin di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang bagi menghadapi kemungkinan ada penumpang pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mempunyai tanda jangkitan virus selesema babi.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, ketika dihubungi berkata, tiada rakyat Malaysia di luar negara, terutama di kawasan yang sedang dilanda wabak selesema babi, dilaporkan mengalami jangkitan virus H1N1 itu.
Beliau berkata, kedutaan Malaysia di negara berkenaan sentiasa mengikuti perkembangan dan juga mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan wabak itu, khususnya memantau sebarang kes membabitkan rakyat Malaysia.
"Kita menasihatkan rakyat Malaysia, terutama di negara yang dilanda wabak itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Jika mengalami simptom berkaitan, dapatkan rawatan segera di hospital berdekatan dan juga lapor kepada kedutaan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Nora'i Mohd Said, berkata pihaknya akan terus mengambil langkah bersiap sedia bagi menghadapi kes selesema babi di pusat kuarantin hospital itu.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata pihaknya masih menilai vaksin yang akan digunakan untuk menyuntik ternakan babi bagi mengelakkan penularan jangkitan virus selesema itu.
Ditanya sama ada vaksin berkenaan sudah dibeli untuk tujuan mengekang penularan virus itu, Abdul Aziz berkata, keputusan mengenai perkara itu masih belum diputuskan.
"Vaksin ini sedang dinilai. Ia dari Amerika Syarikat (AS) dan negara itu sudah lama menggunakannya. Jika kementerian memberikan kebenaran untuk kita suntik, barulah kita akan lakukan," katanya.

> Berita Harian 29 April 2009

wELCOMe to BLoG BatCh

Tuesday, April 28, 2009

...::this blog is all about the Alumni SMKA Segamat Batch Form 5 SPM 2007...especially to all members of Form 5 SPM 2007, pleave give your comment and any respons at the Chat Space or Comment Space...any information can send at mybatch.form5@gmail.com...thanks::...

by: blogger / mybatch.form5@gmail.com
28 April 2009, Selasa

correction cket....

…::assalamualaikum wbr. wbm.
[ AHLI BATCH FORM 5 SPM 2007 SMKA SEGAMAT ]
Pengumuman penting…!!

so, mengenai plan ALUMNI SMKA SEGAMAT tu, ada pembetulan fakta...
1st: mendapatkan pengesahan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah sahaja
2nd: jika diizinkan dan rasa perlu, akan memohon daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) plak
3rd: so, its mean nak memohon drpd kerajaan Malaysia melalui Kementerian berkaitan dibatalkan kerana frasa ALUMNI tersebut berada di bawah naungan institusi sahaja, kalau memohon daripada kerajaan ia akan menjadi satu badan nasional dan tidak boleh dinamakan dengan frasa ALUMNI

sorry sgt tntg correction ni & harap u all bley faham...
ok...

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA - PEMBINA GENERASI BERWAWASAN”

Oleh: blogger / mybatch.form5@gmail.com
28 April 2009, Selasa