Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

WHO Keluar Amaran Tahap 4 Wabak Selesema Babi

Wednesday, April 29, 2009

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak membuat lawatan ke luar negara berikutan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4, yang bermaksud wabak selesema babi sudah menular daripada manusia ke manusia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata peningkatan tahap itu menunjukkan ada kemungkinan wabak berkenaan menular di kalangan komuniti di seluruh dunia.
Dalam kenyataannya semalam, Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai yang sakit ketika dalam perjalanan antarabangsa, supaya segera mendapatkan rawatan doktor.
Agensi berita AP melaporkan, WHO meningkatkan tahap amaran itu selepas 152 kes kematian dicatatkan di Mexico akibat wabak berkenaan.Virus selesema babi juga disahkan merebak ke tiga lagi negara - Britain, Israel dan New Zealand, manakala pakar tidak menolak kemungkinan wabak itu sudah merebak lebih jauh lagi.
Dr Mohd Ismail bagaimanapun menegaskan, setakat ini Malaysia bebas daripada wabak selesema babi.
Begitupun, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan persediaan sejak Ahad lalu, termasuk mengaktifkan Bilik Gerakan Bahagian Kawalan Penyakit untuk memantau perkembangan wabak itu."Kementerian juga meningkatkan pemantauan 'influenza-like illness' di semua peringkat kemudahan kesihatan, termasuk swasta dan kerajaan serta mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat Mexico, Amerika Syarikat, Kanada dan negara lain yang dilanda dengan penyakit itu," katanya.
Beliau berkata, saringan tanda jangkitan selesema babi di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimulakan kelmarin.
Sejak itu, 428 penumpang serta krew syarikat penerbangan dari negara atau kawasan yang dilanda wabak itu sudah disaring dan diberi Kad Amaran Kesihatan serta Borang Deklarasi Kesihatan. Sehingga kini, tiada kes dikesan.
Dr Mohd Ismail berkata, kementerian akan membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak selesema babi untuk maklumat orang ramai dan langkah kawalan serta pencegahan diambil oleh kerajaan.Mengikut laporan yang dikeluarkan WHO kelmarin, terdapat 40 kes selesema babi atau virus H1N1 disahkan melalui ujian makmal di Amerika Syarikat dan 26 kes di Mexico dengan tujuh kematian.
Di Mexico juga, 1,840 kes yang disyaki selesema babi dilaporkan dengan 104 kematian. Enam kes pula disahkan di Kanada, Scotland (dua) dan Sepanyol (satu) tetapi tiada kematian dilaporkan di tiga negara berkenaan.New Zealand melaporkan 25 kes disyaki selesema babi, manakala tiada kes dilaporkan di negara lain.Sementara itu, ketika dihubungi Berita Harian, Dr Mohd Ismail berkata, kementerian membuat pesanan tujuh lagi alat pengimbas suhu bagi menyaring penumpang di KLIA dan urusan berkenaan dijangka mengambil masa antara empat hingga enam minggu.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi boleh menghubungi talian 03-8881 0200/0300 pada waktu pejabat atau melayari laman web Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.my.

> Berita Harian 29 April 2009

0 comments: