Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010 – PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009 BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

Saturday, May 8, 2010

Tarikh : 08 Mei 2010
Bersamaan : 24 Jamadil Awal 1431

Assalamualaikum w. b. r. & selamat sejahtera

Seperti nama yang dilampirkan,
Jawatankuasa Program,
Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009
Bersama Pentadbir Sekolah.

Saudara / Saudari,

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010 – PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009 BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009 Bersama Pentadbir Sekolah telah diluluskan dan disahkan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Siti Esah Binti Abd. Latip, Pengetua SMKA Segamat pada 05 April 2010 yang lepas.

2. Sehubungan itu, saudara / saudari diminta menghadiri satu mesyuarat sebagai mana butiran berikut:

Tarikh : 16 Mei 2010
Hari : Ahad
Bersamaan : 01 Jamadil Akhir 1431
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Daerah Batu Pahat (seperti alamat yang dilampirkan)

3. Untuk pengetahuan saudara / saudari sekalian, mesyuarat tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan persiapan dan pembahagian tugas demi memastikan program berjalan dengan lancar. Justeru, kehadiran akan diambil kira untuk melihat sejauh mana komitmen saudara / saudari sebagai ahli jawatankuasa program.

4. Turut dilampirkan senarai nama ahli mesyuarat, senari maklumat berkaitan dan maklumat penuh program sebagai rujukan serta maklumat selanjutnya. Saudara / saudari juga diminta membuat satu salinan surat ini beserta yang dilampirkan dan hendaklah dibawa ketika menghadiri mesyuarat. Akhir kata, semoga saudara / saudari sekalian senantiasa dalam keadaan sihat dan ceria jua. Semoga ia akan memberikan manfaat kepada masa depan pendidikan negara dan warisan tanah air tercinta, Malaysia.

“Pengorbanan yang sejati,
Disanjung tinggi,
Moga diberkati,
Terima kasih daun keladi.”

Sekian, wassalam.


“BERSATU DEMI FAEDAH INSAN,
ALUMNI PEMBINA GENERASI BERWAWASAN”

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Yang menjalankan tugas,



(LOKMAN AIMAN BIN KARJOO)
Setiausaha,
Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009
Bersama Pentadbir Sekolah.

SENARAI NAMA AHLI MESYUARAT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010

SENARAI NAMA AHLI MESYUARAT
MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010 –
PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009
BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

1 MOHAMAD HAIQAL BIN SUPAAT - EX-OFFICIO

2 MOHD ZAIRI BIN OTHMAN - TIMBALAN EX-OFFICIO 1

3 NUR AMIRAH BINTI MOHD DALI - TIMBALAN EX-OFFICIO 2

4 MOHD NURISHAQ BIN MOHD FAUZI - PENGARAH

5 MUHAMAD AMZAR SABRI BIN AZHAR - TIMBALAN PENGARAH 1

6 NUR HAMIZAH BINTI ZAINAL ARIFFIN - TIMBALAN PENGARAH 2

7 LOKMAN AIMAN BIN KARJOO - SETIAUSAHA

8 MUHAMMAD FAIZFARHAN BIN OTHMAN - BENDAHARI

9 NOR AHMAD ZAKWAN BIN MUSA - KETUA BAHAGIAN PERJALANAN MAJLIS

10 MUHAMMAD ZAKI FARHAN BIN MD TOKIMAN - KETUA BAHAGIAN JEMPUTAN & PUBLISITI

11 FAIDHI NURHISHAM BIN ZAMMURI SHAH - KETUA BAHAGIAN PENDAFTARAN

12 SAFIAH BINTI YAAKUB - KETUA BAHAGIAN PERSIAPAN TEMPAT

13 NOORAZIAH BINTI AJRAN - WAKIL KETUA BAHAGIAN SIARAYA & MEDIA

14 NAZRI BIN ZIN - KETUA BAHAGIAN KUDAPAN & LOGISTIK

15 NURUL FARHAH ATIKAH BINTI ZAINAL ABIDIN - WAKIL KETUA BAHAGIAN PENGINAPAN

16 MOHD SHAZNI BIN HALID - WAKIL KETUA BAHAGIAN PROTOKOL & CENDERAHATI

SENARAI MAKLUMAT BERKAITAN MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010

SENARAI MAKLUMAT BERKAITAN
MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010 –
PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009
BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

NAMA MESYUARAT:
MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM BIL. 1/2010

TUJUAN:
PERBINCANGAN UNTUK PROGRAM PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009 BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

TARIKH:
16 MEI 2010

HARI:
AHAD

BERSAMAAN:
01 JAMADIL AKHIR 2010

MASA:
11.00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT:
DAERAH BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAK'ZIM

ALAMAT:
NO. 3, JALAN RAJA 2, TAMAN SRI RAJA, 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAK'ZIM

TUAN RUMAH:
NOORAZIAH BINTI AJRAN, WAKIL KETUA BAHAGIAN SIARAYA & MEDIA

AGENDA:
MEMBINCANGKAN PERSIAPAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS UNTUK PROGRAM

MAKLUMAT PROGRAM

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program :
Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009 Bersama Pentadbir Sekolah

Tema:
“Bersatu Demi Faedah Insan,
Alumni Pembina Generasi Berwawasan”

Tarikh:
05 Jun 2010

Hari:
Sabtu

Bersamaan:
22 Jamadil Akhir 1431

Masa:
9.00 pagi – 11.00 malam

Tempat:
Bilik Seminar, Surau Hassan Al-Basri dan Dewan Makan Al-Hidayah, SMKA Segamat, Johor Darul Tak’zim

Perasmi Program:
Yang Berusaha Pn. Hjh. Siti Esah Binti Abd. Latip
Pengetua SMKA Segamat

Anjuran:
Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009 SMKA Segamat

Dengan Kerjasama:
Pentadbir SMKA Segamat

Penginapan:
Asrama As-Solihin, SMKA Segamat

Yuran Program:
RM 10.00 tunai

SURAT UCAPAN TAHNIAH DAN MAKLUMAN PROGRAM

Sunday, April 11, 2010

Tarikh : 10 April 2010
Bersamaan : 25 Rabi’ul Akhir 1431

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Ahli,
Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009,
SMKA Segamat.

Saudara / Saudari,

UCAPAN TAHNIAH DAN MAKLUMAN PENUH PROGRAM

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009 Bersama Pentadbir Sekolah telah diluluskan dan disahkan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Siti Esah Binti Abd. Latip, Pengetua SMKA Segamat pada 05 April 2010 yang lepas.

2. Sehubungan itu, diucapkan tahniah dan syabas di atas perkara tersebut kerana secara tidak langsung saudara / saudari telah pun memberikan sumbangan dan sokongan yang berharga dari belakang tabir permohonan yang telah diusahakan oleh beberapa ahli jawatankuasa. Sekalung penghargaan juga kerana saudara / saudari sudi menjadi ahli jawatankuasa bagi program tersebut yang mana dipercayai akan menjadi titik tolak kepada penubuhan Alumni SMKA Segamat.

3. Berikut dilampirkan satu senarai maklumat penuh dan perkara yang berkaitan sebagai rujukan dan maklumat selanjutnya. Turut dimohon agar saudara / saudari dapat memberitahu serta menyebarkan maklumat ini kepada ahli yang lain demi semangat dalam komuniti yang satu.

4. Akhir kata, semoga saudara / saudari sekalian senantiasa dalam keadaan sihat dan ceria jua. Sertailah program yang akan memberikan manfaat kepada masa depan pendidikan negara dan warisan tanah air tercinta, Malaysia.

“Pengorbanan yang sejati,
Disanjung tinggi,
Moga diberkati,
Terima kasih daun keladi.”
Sekian, wassalam.


“BERSATU DEMI FAEDAH INSAN,
ALUMNI PEMBINA GENERASI BERWAWASAN”

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Yang benar,



(LOKMAN AIMAN BIN KARJOO)
Setiausaha,
Bekas Pelajar SPM 2007,
SMKA Segamat.

b/p : 1. Ketua Bekas Pelajar SPM 2007 (Ex-Officio Program)
2. Ketua Bekas Pelajar STPM 2009 (Timb. Ex-Officio 1 Program)
3. Penolong Ketua Bekas Pelajar SPM 2007 (Timb. Ex-Officio 2 Program)
4. Penolong Ketua Bekas Pelajar STPM 2009
5. Pengarah Program
6. Timbalan Pengarah 1 Program
7. Timbalan Pengarah 2 Program

















Surat ini adalah cetakan komputer dan dihantar melalui e-mel, maka tidak diperlukan tandatangan.

ATURCARA PROGRAM

Masa Aktiviti Tempat
Sidang Pagi
9.30 pagi Pendaftaran & persiapan tempat Bilik Seminar
11.00 pagi Majlis Perasmian Pembukaan Program & Ramah Mesra Bersama Pentadbir Bilik Seminar
12.30 tengah hari Makan tengah hari & rehat Dewan Makan al-Hidayah & Asrama As-Solihin
Sidang Petang
2.00 petang Mesyuarat Agung Bekas Pelajar Bilik Seminar
Sidang Malam
7.00 malam Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin Surau Hassan Al-Basri
9.00 malam Majlis Perasmian Penutupan Program & makan malam Dewan Makan Al-Hidayah
11.00 malam Bersurai Bebas

PENERANGAN TERPERINCI ATURCARA PROGRAM

Masa Aktiviti Tempat
Sidang Pagi
9.30 pagi Pendaftaran & persiapan tempat Bilik Seminar
Pendaftaran kehadiran & penginapan dibuka dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi sahaja
Setiap penyertaan akan diberikan pemplet, borang dan helaian yang berkaitan
Pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM 10.00
Persiapan tempat untuk majlis perasmian dan aktiviti seterusnya
Tindakan AJK Pendaftaran yang diketuai oleh Faidhi Nurhisham
AJK Jemputan & Publisiti yang diketuai oleh Zaki Farhan
AJK Penginapan yang diketuai oleh Muhammad Suhaib
AJK Persiapan Tempat yang diketuai oleh Safiah
11.00 pagi Majlis Perasmian Pembukaan Program & Ramah Mesra Bersama Pentadbir Sekolah Bilik Seminar
11.00 pagi Ketibaan bekas pelajar
11.10 pagi Perarakan masuk Pengetua, YDP PIBG & tetamu kehormat
11.15 pagi Zikir Asma'ul Husna & nyanyian lagu Negaraku
11.25 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
11.30 pagi Bacaan doa
11.35 pagi Ucapan alu-aluan Ketua Bekas Pelajar STPM 2009
11.40 pagi Ucapan alu-aluan Ketua Bekas Pelajar SPM 2007
11.45 pagi Ucapan alu-aluan YDP PIBG SMKA Segamat
11.55 pagi Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Pengetua SMKA Segamat
12.10 tengah hari Upacara pemotongan reben sebagai simbol perasmian program
12.15 tengah hari Sesi penggambaran dan selawat salam bekas pelajar dengan pentadbir sekolah
Tindakan AJK Perjalanan Majlis yang diketuai oleh Ahmad Zakwan
AJK Protokol & Cenderahati yang diketuai oleh Fathiah
AJK Siaraya & Media yang diketuai oleh Ahmad Firdaus

Masa Aktiviti Tempat
Sidang Petang
2.00 petang Mesyuarat Agung Bekas Pelajar Bilik Seminar
2.00 petang Ketibaan bekas pelajar
2.10 petang Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2.15 petang Bacaan doa
2.20 petang Agenda 1: Pemilihan Jawatankuasa Baru
2.50 petang Agenda 2: Perbincangan Penubuhan Alumni
3.10 petang Agenda 3: Perbincangan Program Usrah Pelajar
3.30 petang Agenda 4: Perbincangan Hala Tuju, Gerak Kerja & Program
4.00 petang Agenda 5: Perbincangan Isu-Isu Berbangkit
4.20 petang Bacaan doa, sesi penggambaran dan selawat salam
Tindakan AJK Perjalanan Majlis yang diketuai oleh Ahmad Zakwan
AJK Siaraya & Media yang diketuai oleh Ahmad Firdaus
AJK Protokol & Cenderahati yang diketuai oleh Fathiah

Masa Aktiviti Tempat
Sidang Malam
7.00 malam Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin Surau Hassan Al-Basri
7.00 malam Ketibaan bekas pelajar
7.10 malam Ketibaan Pengetua, YDP PIBG & tetamu kehormat
7.20 malam Solat Maghrib berjemaah
7.45 malam Solat Hajat berjemaah
8.00 malam Bacaan Yaasin
8.30 malam Solat Isyak berjemaah
8.50 malam Bersurai
Tindakan AJK Perjalanan Majlis yang diketuai oleh Ahmad Zakwan
AJK Protokol & Cenderahati yang diketuai oleh Fathiah
AJK Siaraya & Media yang diketuai oleh Ahmad Firdaus
AJK Persiapan Tempat yang diketuai oleh Safiah
9.00 malam Majlis Perasmian Penutupan Program & makan malam Dewan Makan Al-Hidayah
9.00 malam Ketibaan bekas pelajar
9.10 malam Perarakan masuk Pengetua, YDP PIBG & tetamu kehormat
9.15 malam Bacaan doa
9.20 malam Ucapan alu-aluan Setiausaha Program
9.25 malam Ucapan alu-aluan Pengarah Program
9.30 malam Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Pengetua SMKA Segamat
9.45 malam Penyampaian cenderahati
9.55 malam Bacaan doa
10.00 malam Makan malam
Tindakan AJK Perjalanan Majlis yang diketuai oleh Ahmad Zakwan
AJK Jemputan & Publisiti yang diketuai oleh Zaki Farhan
AJK Persiapan Tempat yang diketuai oleh Safiah
AJK Siaraya & Media yang diketuai oleh Ahmad Firdaus
AJK Kudapan & Logistik yang diketuai oleh Nazri
AJK Protokol & Cenderahati yang diketuai oleh Fathiah
11.00 malam Bersurai Bebas

KOD ETIKA PAKAIAN PROGRAM

Sidang Pagi

Pendaftaran & persiapan tempat Bebas

Majlis Perasmian Pembukaan Program & Ramah Mesra Bersama Pentadbir Formal (kemeja, bertali leher & kot - lelaki / baju kurung & kot - perempuan

Makan tengah hari & rehat Bebas


Sidang Petang

Mesyuarat Agung Bekas Pelajar Formal (kemeja, bertali leher & kot - lelaki / baju kurung & kot - perempuan


Sidang Malam

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Pakaian Solat (baju melayu satu sut - lelaki / telkung - perempuan)

Majlis Perasmian Penutupan Program & makan malam Formal (baju melayu satu sut @ kemeja - lelaki / baju kurung - perempuan

CARTA ORGANISASI PROGRAM

Ex-Officio 1
Mohamad Haiqal Bin Supaat
Ketua Bekas Pelajar SPM 2007

Timbalan Ex-Officio 1
Mohd Zairi Bin Othman
Ketua Bekas Pelajar STPM 2009

Timbalan Ex-Officio 2
Nur Amirah Binti Mohd Dali
Penolong Ketua Bekas Pelajar SPM 2007

Pengarah
Mohd Nur Ishaq Bin Mohd Fauzi

Timb. Pengarah 1
Muhamad Amzar Sabri Bin Azhar

Timb. Pengarah 2
Nur Hamizah Binti Zainal Ariffin

Setiausaha
Lokman Aiman Bin Karjoo

Bendahari
Muhammad Faizfarhan Bin Othman

AJK Perjalanan Majlis
Nor Ahmad Zakwan Bin Musa
Mohamad Shahrol Nazeri Bin M Ikhsan
Mohamad Fariq Fitri Bin Mohd Salleh
Nur Adli Bin Maulud
Nor Rawdhah Binti Hamdan
Siti Zainab Binti Mohd Hamzah

AJK Jemputan & Publisiti
Muhammad Zaki Farhan Bin Md Tokiman
Faqhrur Razi Bin Amer
Mohamad Shukri Bin Ab Rahman
Muhammad Adib Bin Zainaldin
Atika Binti Ishak

AJK Pendaftaran
Faidhi Nurhisham Bin Zammuri Shah
Muhammad Siraj Munir Bin Muslaini
Siti Fazlina Binti Ahmad
Siti Syafikah Binti Suhaidi

AJK Persiapan Tempat
Safiah Binti Yaakub
Nur Amalina Binti Kamal Din
Nur Atiqah Binti Hamzah
Nur Hezzarith Binti Hashim
Saidatul Akmal Binti Sulong

AJK Siaraya & Media
Ahmad Firdaus Bin Rubani
Mohamad Affuan Bin Khanafi
Muhammad Khaidir Bin Abdul Rahman
Nooraziah Binti Ajran
Nurul Najihah Binti Ahmad Rusli

AJK Kudapan & Logistik
Nazri Bin Zin
Ahmad Aqmal Bin Azman
Mohd Afiq Abhar Bin Kamson
Muhamad Syukri Bin Mohd Ariffin
Muhammad Zulhilmi Bin Musa

AJK Penginapan
Muhammad Suhaib Bin Ahmad
Mohd Shafiq Hilmi Bin Mohd Rawim
Suhaimi Bin Saleh
Amalina Nurhidayah Binti Shamsu Kamar
Nurul Farhah Atikah Binti Zainal Abidin

AJK Protokol & Cenderahati
Fathiah Binti Mohd Noor
Mohd Shazni Bin Halid
Noor Farina Binti Kamis
Nur Ashiqin Binti Arazmi
Nursyazana Binti Abdul Aziz

PENERANGAN TERPERINCI PEMBAHAGIAN TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM

1. AJK Perjalanan Majlis
Tindakan Tugas
Sebelum program Menentukan Pengerusi Majlis dan Pembaca Doa untuk kesemua aktiviti
Menyiapkan teks Pengerusi Majlis dan bacaan doa
Ketika program Menjadi Pengerusi Majlis dan Pembaca Doa untuk kesemua aktiviti
Memastikan program berjalan mengikut aturcara bagi setiap aktiviti
Selepas program Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

2. AJK Jemputan & Publisiti
Tindakan Tugas
Sebelum program Membuat logo pertubuhan sementara
Mengiklankan maklumat program di Blog Batch & Facebook Batch
Menghantar jemputan melalui e-mel, Blog Batch & Facebook Batch
Membuat banner program
Membuat pemplet program
Ketika program Menggantung banner di pagar sekolah
Menampal petunjuk arah dan memo program di sekitar kawasan sekolah
Selepas program Mengambil banner yang digantung
Menanggalkan petunjuk arah dan memo yang ditampal
Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

3. AJK Pendaftaran
Tindakan Tugas
Sebelum program Membuat statistik bekas pelajar yang boleh hadir melalui Facebook Batch
Ketika program Menguruskan hal pendaftaran kehadiran dan penginapan
Membuat statistik bekas pelajar yang hadir
Mengedarkan borang maklumat diri
Mengedarkan pemplet program dan helaian yang berkaitan
Mengumpulkan borang maklumat diri yang telah siap diisi
Mengutip yuran penyertaan
Mencatat kehadiran tetamu kehormat
Selepas program Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

4. AJK Persiapan Tempat
Tindakan Tugas
Sebelum program Membuat persiapan tempat untuk setiap aktiviti
Memastikan persekitaran tempat selamat dan bersih sebelum digunakan
Memastikan peralatan yang diperlukan mencukupi
Ketika program Memastikan tempat yang digunakan sentiasa selamat dan bersih
Menguruskan peralatan tambahan yang diperlukan
Selepas program Memastikan persekitaran tempat selamat dan bersih selepas digunakan
Menyusun atur semula peralatan yang digunakan
Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi mengikut kuantiti asal
Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

5. AJK Siaraya & Media
Tindakan Tugas
Sebelum program Membuat slide program menggunakan microsoft power point
Menjemput bahagian media untuk membuat liputan program
Membuat video kenangan bekas pelajar untuk ditayangkan
Ketika program Menguruskan peralatan siaraya untuk setiap aktiviti
Menguruskan slide program untuk majlis perasmian pembukaan dan penutup
Menguruskan tayangan video kenangan bekas pelajar
Menguruskan upacara zikir Asma'ul Husna dan nyanyian lagu Negaraku
Menguruskan sesi penggambaran
Menguruskan liputan program oleh bahagian media
Menguruskan muzik perarakan masuk dan keluar tetamu kehormat
Menguruskan muzik ucapan perasmian dan pemotongan reben sebagai simbol perasmian
Selepas program Memastikan peralatan siaraya mencukupi mengikut kuantiti asal
Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

6. AJK Kudapan & Logistik
Tindakan Tugas
Sebelum program Membuat tempahan makanan di Dewan Makan Al-Hidayah melalui Penyelia Kanan Asrama
Menyediakan air mineral untuk program
Ketika program Memastikan makanan telah siap untuk makan tengah hari dan makan malam
Menyediakan air mineral untuk tetamu kehormat ketika majlis perasmian
Menyediakan air mineral untuk bekas pelajar ketika mesyuarat agung
Selepas program Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

7. AJK Penginapan
Tindakan Tugas
Sebelum program Membuat statistik bekas pelajar yang akan menginap di asrama melalui Facebook Batch
Menguruskan prosedur menempah penginapan di asrama melalui Penyelia Kanan Asrama
Ketika program Menghantar jumlah yang mendaftar untuk penginapan kepada Penyelia Kanan Asrama
Memastikan kawasan penginapan di asrama selamat dan bersih
Memastikan peralatan untuk penginapan mencukupi mengikut keperluan
Menguruskan masalah yang berlaku ketika menginap di asrama
Selepas program Memastikan kawasan penginapan di asrama selamat dan bersih selepas digunakan
Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi mengikut kuantiti asal

8. AJK Protokol & Cenderahati
Tindakan Tugas
Sebelum program Menyediakan cenderahati untuk tetamu kehormat
Menyediakan reben untuk upacara perasmian
Ketika program Memastikan pakaian bekas pelajar mengikut kod etika pakaian
Memastikan program berjalan mengikut aturcara bagi setiap aktiviti
Memastikan program dijalankan mengikut prosedur protokol professional
Menguruskan upacara pemotongan reben sebagai simbol perasmian program
Menguruskan upacara penyampaian cenderahati
Selepas program Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas

Latest NEWS (CONFIRMED): PROGRAM PERJUMPAAN KUMPULAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009

Wednesday, April 7, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa PROGRAM PERJUMPAAN KUMPULAN BEKAS PELAJAR SPM 2007 & STPM 2009 bersama Pentadbir Sekolah telah pun DILULUSKAN oleh Pn. Pengetua SMKAS pada 5 APRIL 2010.
Maklumat program seperti berikut

Tarikh : 5 & 6 JUN 2010
Hari : Sabtu & Ahad
Menginap di ASRAMA

TEMA: " Bersatu Demi Faedah Insan,Alumni Pembina Generasi Berwawasan "

Diharap anda semua dapat hadir ke program yang akan menjadi titik tolak kepada penubuhan Alumni SMKAS.
Segala info dan maklumat penting akan diberitahu melalui SMS,blog dan juga facebook.

Ketua AJK bertanggungjawab untuk memaklumkan perkara ini kepada AJK2 anda dan tindakan untuk bidang kerja yang ditugaskan boleh dilaksanakan.

Kerjasama anda amatlah dihargai.

TQ

Takziah buat Ustazah Faridah

Sunday, March 28, 2010

Salam::..

Disini pihak MYBATCH ingin mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Ustazah Faridah atas pemergian suami tercinta ke rahmatullah.. sebelum ini,suaminya terlantar di ICU kerana demam denggi...Allah itu maha pemurah lg maha mengasihani hambanya...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman..amin..

AL-FATIHAH..

Result STPM SMKAS 2009

Saturday, March 27, 2010

Atas permintaan orang ramai,pihak MYBATCH akan mempamerkan keputusan beberapa pelajar cemerlang STPM 2009..

Muhamad Amzar Sabri Bin Azhar - 5P - (3.00)
Faidhi Nurhisham Bin Zammuri Shah - 5P - (3.00)
Nurrul Syawana Binti Ismail - 5P - (3.08)
Siti Aisyah Binti Ismail - 5P - (3.25)
Atikah Binti Ishak - 5P - (3.50)

KEPUTUSAN STPM 2009

Saturday, February 27, 2010

Pengumuman dan penyerahan slip keputusan peperiksaan STPM 2009 berlangsung di Bilik Seminar dihadiri oleh semua calon tahun 2009, ibu bapa dan pelajar tingkatan 6 bawah. Majlis dikelolakan oleh GPK Tingkatan 6 Ustazah Sharifah Roha Binti Othman dan semua guru tingkatan 6 dengan dibantu oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah. Keputusan terbaik 5P diraih oleh Atika Binti Ishak dan Muhammad Amzar Sabri Bin Azhar. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya.

Hari Lahir Tahun Islam - Bulan Rabi'ul Awal

Sunday, February 7, 2010

02 Raw: Mohd Afiq Abhar Bin Kamson
03 Raw: Mohamad Rasydan Bin Rishahbudin
15 Raw: Nooraziah Binti Ajran & Nur Atiqah Binti Hamzah
21 Raw: Izzul Izzuddin Bin Mohd Yatim
23 Raw: Muhammad Zaki Farhan Bin Md Tokiman
24 Raw: Abu Soffian Bin Ahmadi & Muhammad Zulfadli Bin Muslim
25 Raw: Faidhi Nurhisham Bin Zammuri Shah

Hari Lahir Tahun Islam - Bulan Safar

08 Saf: Nik Mohammad Norhafiz Bin Nik Samsudin & Nadia Binti Yahya
15 Saf: Siti Zainab Binti Mohd Hamzah
19 Saf: Izzul Iyadh Bin Kamaruzaman, Mohamad Najib Bin Basery & Ainifatiha Binti Mohamed Sabilan
21 Saf: Nur Aishah Binti Anuwar

Happy Birthday Februari

Batch Ex-Form 5 2007
03 Feb: Mohamad Affuan – Afwan & Nurul Farhah Atikah – Pa’ah
05 Feb: Sakina Afiqah – Kina
09 Feb: Mohammad Siraj Munir – Siraj
11 Feb: Nor Hazwani – Wanimohd
12 Feb: Nur Farahain – Farahain
15 Feb: Nor Nadiah – Nad
16 Feb: Muhammad Zulhilmi – Apaw
24 Feb: Nor Hazwani – Waniipin
25 Feb: Muhammad Faizfarhan – Faiz
27 Feb: Nurhazimah – Zimawahid
28 Feb: Nurushsyafiqah – Piqarajab

Batch Ex-Form 3 2005
18 Feb: Nur Shahidah – Shidaayob
23 Feb: Muhammad Afief – Pung

Others
08 Feb: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama – Bapa Kemerdekaan & Bapa Malaysia

Cadangan Program

Sunday, January 24, 2010

...::salam
perhatian kepada semua ahli merujuk kepada Kumpulan Bekas Pelajar SPM 2007, satu cadangan telah dirangka sebagai memenuhi agenda untuk menubuhkan "ALUMNI SMKA SEGAMAT" yang mana akan bergerak sebagai satu badan persatuan demi kebaikan pada masa hadapan. Maka, butiran cadangan tersebut adalah seperti berikut:

> Program: Perjumpaan (Liqo') Kumpulan Bekas Pelajar SPM 2007
> Tarikh: Sekitar bulan Mei (selepas peperiksaan akhir semester berkenaan)
> Masa: 8.30 pagi (sehari)
> Tempat: Bilik Mesyuarat, SMKA Segamat
> Pengisian Program: Taaruf, perbincangan hala tuju & orentasi, gerak kerja program masa hadapan.

InsyaAllah, perkara ini kita boleh usahakan bersama, peluang sudah ada di depan mata hanya pelaksanaan je yang belum lagi...harap dapat profesionalkan bersama...
dengan itu, setiap ahli yang membaca pesanan ini harap dapat feedback selewatnya pada bulan Mac untuk perancangan masa serta hal-hal berkaitan. sebarang pertanyaan sila hubungi Ishak (USIM) & Lokman (UDM)...

> Blogger

Tahniah Sahabat!!

...::salam
masuk tahun 2010 ni, bermakna masuklah juga semester baru bagi members2 yang dah berada di alam U...so dengar nya ada sahabat kita sekarang ni melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda hasil kecemerlangannya ketika di peringkat Diploma...tahniah kat Zakwan yang kini berada di UiTM Segamat, sebelum ni di UiTM Perlis...dalam bidang yang sama tapi tahap je yang berrbeza so....?? main buzy lar sahabat kita ni...insyaAllah ada lagi sorang sahabat kita yang sama cam Zakwan ni, si Siraj yang kini berada di UiTM Melaka...
then, baru2 ni Ikatan Studi Islam (ISI) UKM dah buat satu mesyuarat agung...lebih kurang cam tular, so LA dpat tahu sorang sahabat kita telah pun berada di alam kepimpinan universiti bagi persatuan persebut...Fariq kini sebgaia Exco Kegiatan Luar ISI-UKM...tahniah gak k...harap2 dapat memberi sumbangan yang baik...hahahanak tau berita nya, layari http://isiukm.blogspot.com

> LA (Blogger)

DYMM Baginda Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor

Saturday, January 23, 2010

DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor sehingga 22 Januari 2010. Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.
Tokoh yang kontroversi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.
Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.
Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan bekas Sultanah Johor kerana Sultan Iskandar mangkat.


Yang di-Pertuan Agong


Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Yang di-Pertuan Agong ke- 8
Raja Permaisuri Agong Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja

Negeri Johor

Keputeraan 8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor

Kemangkatan 22 Januari 2010

Mula jawatan 26 April 1984

Tamat jawatan 25 April 1989

Penyandang terdahulu Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Penyandang kemudian Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Sultan Johor Mangkat





Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam (22 Jan 2010, Jumaat) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang, 23 Jan 2010, Sabtu.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi Jumaat kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Pada malamnya, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang Sabtu.

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

Posted using ShareThis

Alfatihah Buat Allahyarham Tuan Haji Hamzah Bin Abd. Majid ( Penyelia Kokurikulum PPD Segamat)

Thursday, January 21, 2010




...::salam
Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, Tuan Haji Hamzah Bin Abd. Majid telah kembali ke rahmatullah pada 19 Januari 2010 akibat kemalangan jalanraya di Yong Peng, Batu Pahat. Jenazah tiba di rumah beliau di Kg. Gelang Chinchin sekitar pukul 3.00 petang. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Maka dengan itu, pihak Alumni Batch SPM 2007 terutamanya bekas ahli platun kawad kaki telah kehilangan seseorang yang cukup berpengalaman dalam aktiviti kawad kaki serta kokurikulum, beliau telah pun dianggap sebagai seorang bapa yang amat mengambil berat tentang prestasi kawad kaki di semua peringkat...
jasa mu besar, disanjung tinggi, semoga diberkati...

PENCAPAIAN ANALISIS KESELURUHAN MENGIKUT DAERAH - PMR 2009

Saturday, January 2, 2010

BIL NAMA DAERAH
PENCAPAIAN CALON PMR 2009
JABATAN PELAJARAN JOHOR
PENCAPAIAN ANALISIS KESELURUHAN JPN / PPD
PENCAPAIAN
%
A,B,C,D
2009
BIL GPS
Ambil
A/B/C/D/E
Semua
MP
A,B,C,D,E,
T
Semua
MP
T
Semua
MP
E
Semua
MP
Menguasai
A/B/C/D
semua
MP
BIL
Daftar
Minima
B dalam
semua
MP
Minima
C dalam
semua
MP
Minima
D dalam
semua
MP
Semua
A dalam
semua
MP
1 JF MUAR 6705 6704 482 948 1070 1905 4405 2208 87 1 4 65.71 2.70
2 JB JOHOR BAHRU 10180 10180 867 1471 1677 2867 6882 3036 257 0 5 67.60 2.70
3 JD KOTA TINGGI 3274 3274 177 390 508 947 2022 1187 65 0 0 61.76 2.74
4 JH SEGAMAT 4019 4017 244 532 657 1229 2662 1281 73 2 1 66.27 2.75
5 JA BATU PAHAT 7238 7238 381 921 1267 2116 4685 2399 150 0 4 64.73 2.75
6 JC KLUANG 5132 5132 388 631 779 1504 3302 1713 116 0 1 64.34 2.77
7 JE MERSING 1715 1715 93 171 245 486 995 678 42 0 0 58.02 2.78
8 JG PONTIAN 3158 3158 153 353 493 964 1963 1158 37 0 0 62.16 2.81
9 JK PASIR GUDANG 8470 8470 350 935 1262 2550 5097 3145 227 0 1 60.18 2.94
10 JJ KULAI 4128 4128 173 440 594 1257 2464 1504 157 0 3 59.69 2.94
JUMLAH KESELURUHAN 54019 54016 3308 6792 8552 15825 34477 18309 1211 3 19 63.83 2.78
24 Disember 2009 Muka 1 dari 1

ANALISIS MENGIKUT GRED PURATA DAERAH - PMR 2009

BIL NAMA DAERAH 2009 2008 BEZA
IKUT GRED PURATA DAERAH
PENCAPAIAN CALON PMR 2009
JABATAN PELAJARAN JOHOR
1 JF MUAR 2.70 2.76 0.07
2 JB JOHOR BAHRU 2.70 2.75 0.05
3 JD KOTA TINGGI 2.74 2.74 0.01
4 JH SEGAMAT 2.75 2.83 0.08
5 JA BATU PAHAT 2.75 2.78 0.03
6 JC KLUANG 2.77 2.88 0.11
7 JE MERSING 2.78 2.82 0.04
8 JG PONTIAN 2.81 2.91 0.10
9 JK PASIR GUDANG 2.94 2.97 0.03
10 JJ KULAI 2.94 3.01 0.07
KESELURUHAN 2.78 2.84 0.06
24 Disember 2009 Muka 1 dari 1

TARIKH-TARIKH PENTING MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2010/2011

Bil Program Pengajian
Pembelian
Nombor Unik
ID
(Pukal)
Tarikh Iklan
Pembelian
Nombor
Unik ID di
BSN
(individu)
Tarikh
Permohonan
Tarikh Tutup
Tarikh Pendaftaran
ke IPTA
1 Sarjana Perubatan - 27.9.2009 28.9.2009 28.10.2009
1 Jun 2010
2
Pemohon Lepasan Matrikulasi /
PASUM/Asasi Undang-Undang
- -
10.12.2009
(Fasa 1)
10.1.2010
· Lepasan Diploma /
Setaraf / Lepasan
STPM / Matrikulasi /
Asasi 2008 dan
sebelum
· Lulusan AUSMAT,
GCE A Level, HSC
Foundation dan lainlain
kelayakan yang
setaraf dengannya.
- 3.01.2010 4.1.2010 4.2.2010
Lepasan STPM 2009
1.2.2010
2.2.2010
10 Hari Bekerja Selepas
keputusan STPM 2009
Diumumkan
3
Lepasan
STPM/
Setaraf
Lepasan STAM 2009/
2008/ 2007
20.10.2009
Hingga
20.11.2009
31.1.2010
1.2.2010
2.2.2010
10 Hari Bekerja Selepas
keputusan STAM 2009
Diumumkan
Tarikh pendaftaran
pelajar baru ke IPTA
ialah pada 3 dan 4
Julai 2010
4
Lepasan SPM/ Setaraf
Kategori A, B, C, D
12.10.2009
hingga
13.11.2009
31.1.2010
1.2.2010
Fasa 1
2.11.2009 -
31.12.2009
Fasa 2
2.2.2010 -
30.3.2010
Kategori A, B, C, D -
30.3.2010
Tarikh akhir Penghantaran
Dokumen Kat. C, D –
30.3.2010
Program Asasi
PASUM/USIM/UIAM/
UPNM/UiTM baru ke
IPTA ialah pada 23 Mei
2010
Tarikh pendaftaran
pelajar baru ke IPTA
ialah pada 3 dan 4
Julai 2010
DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR, JABATAN PENGAJIAN TINGGI, KPT DIKEMASKINI PADA : 9.11.2009