Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

DYMM Baginda Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor

Saturday, January 23, 2010

DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor sehingga 22 Januari 2010. Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.
Tokoh yang kontroversi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.
Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.
Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan bekas Sultanah Johor kerana Sultan Iskandar mangkat.


Yang di-Pertuan Agong


Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Yang di-Pertuan Agong ke- 8
Raja Permaisuri Agong Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja

Negeri Johor

Keputeraan 8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor

Kemangkatan 22 Januari 2010

Mula jawatan 26 April 1984

Tamat jawatan 25 April 1989

Penyandang terdahulu Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Penyandang kemudian Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Sultan Johor Mangkat





Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam (22 Jan 2010, Jumaat) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang, 23 Jan 2010, Sabtu.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi Jumaat kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Pada malamnya, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang Sabtu.

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

Posted using ShareThis

Alfatihah Buat Allahyarham Tuan Haji Hamzah Bin Abd. Majid ( Penyelia Kokurikulum PPD Segamat)

Thursday, January 21, 2010




...::salam
Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, Tuan Haji Hamzah Bin Abd. Majid telah kembali ke rahmatullah pada 19 Januari 2010 akibat kemalangan jalanraya di Yong Peng, Batu Pahat. Jenazah tiba di rumah beliau di Kg. Gelang Chinchin sekitar pukul 3.00 petang. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Maka dengan itu, pihak Alumni Batch SPM 2007 terutamanya bekas ahli platun kawad kaki telah kehilangan seseorang yang cukup berpengalaman dalam aktiviti kawad kaki serta kokurikulum, beliau telah pun dianggap sebagai seorang bapa yang amat mengambil berat tentang prestasi kawad kaki di semua peringkat...
jasa mu besar, disanjung tinggi, semoga diberkati...