Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

SURAT UCAPAN TAHNIAH DAN MAKLUMAN PROGRAM

Sunday, April 11, 2010

Tarikh : 10 April 2010
Bersamaan : 25 Rabi’ul Akhir 1431

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Ahli,
Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009,
SMKA Segamat.

Saudara / Saudari,

UCAPAN TAHNIAH DAN MAKLUMAN PENUH PROGRAM

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Program Perjumpaan Bekas Pelajar SPM 2007 & STPM 2009 Bersama Pentadbir Sekolah telah diluluskan dan disahkan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Siti Esah Binti Abd. Latip, Pengetua SMKA Segamat pada 05 April 2010 yang lepas.

2. Sehubungan itu, diucapkan tahniah dan syabas di atas perkara tersebut kerana secara tidak langsung saudara / saudari telah pun memberikan sumbangan dan sokongan yang berharga dari belakang tabir permohonan yang telah diusahakan oleh beberapa ahli jawatankuasa. Sekalung penghargaan juga kerana saudara / saudari sudi menjadi ahli jawatankuasa bagi program tersebut yang mana dipercayai akan menjadi titik tolak kepada penubuhan Alumni SMKA Segamat.

3. Berikut dilampirkan satu senarai maklumat penuh dan perkara yang berkaitan sebagai rujukan dan maklumat selanjutnya. Turut dimohon agar saudara / saudari dapat memberitahu serta menyebarkan maklumat ini kepada ahli yang lain demi semangat dalam komuniti yang satu.

4. Akhir kata, semoga saudara / saudari sekalian senantiasa dalam keadaan sihat dan ceria jua. Sertailah program yang akan memberikan manfaat kepada masa depan pendidikan negara dan warisan tanah air tercinta, Malaysia.

“Pengorbanan yang sejati,
Disanjung tinggi,
Moga diberkati,
Terima kasih daun keladi.”
Sekian, wassalam.


“BERSATU DEMI FAEDAH INSAN,
ALUMNI PEMBINA GENERASI BERWAWASAN”

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Yang benar,



(LOKMAN AIMAN BIN KARJOO)
Setiausaha,
Bekas Pelajar SPM 2007,
SMKA Segamat.

b/p : 1. Ketua Bekas Pelajar SPM 2007 (Ex-Officio Program)
2. Ketua Bekas Pelajar STPM 2009 (Timb. Ex-Officio 1 Program)
3. Penolong Ketua Bekas Pelajar SPM 2007 (Timb. Ex-Officio 2 Program)
4. Penolong Ketua Bekas Pelajar STPM 2009
5. Pengarah Program
6. Timbalan Pengarah 1 Program
7. Timbalan Pengarah 2 Program

















Surat ini adalah cetakan komputer dan dihantar melalui e-mel, maka tidak diperlukan tandatangan.

0 comments: