Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

Tiada Tanda Virus Di Malaysia

Wednesday, April 29, 2009

KUALA LUMPUR: Tiada kes membabitkan tanda jangkitan virus selesema babi dilaporkan berlaku di negara ini ketika ia mengorbankan banyak nyawa terutama di Mexico, baru-baru ini.
Jurucakap bilik gerakan Kementerian Kesihatan, berkata meskipun belum ada sebarang laporan diterima, pemeriksaan membabitkan pelancong yang masuk ke negara ini sama ada menerusi lapangan terbang atau pelabuhan di seluruh negara tetap diteruskan.
"Setakat ini, kami belum lagi menerima sebarang laporan jangkitan selesema babi sama ada membabitkan pelancong daripada beberapa negara (seperti Mexico dan Amerika Syarikat) atau juga rakyat negara ini yang pernah berkunjung ke negara terbabit," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Kelmarin, akhbar melaporkan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada paras tertinggi, termasuk mengaktifkan semula Pelan Tindakan Menghadapi Wabak Influenza berikutan ancaman selesema babi yang sudah menular ke beberapa negara.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuka dua pusat kuarantin di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang bagi menghadapi kemungkinan ada penumpang pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mempunyai tanda jangkitan virus selesema babi.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, ketika dihubungi berkata, tiada rakyat Malaysia di luar negara, terutama di kawasan yang sedang dilanda wabak selesema babi, dilaporkan mengalami jangkitan virus H1N1 itu.
Beliau berkata, kedutaan Malaysia di negara berkenaan sentiasa mengikuti perkembangan dan juga mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan wabak itu, khususnya memantau sebarang kes membabitkan rakyat Malaysia.
"Kita menasihatkan rakyat Malaysia, terutama di negara yang dilanda wabak itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Jika mengalami simptom berkaitan, dapatkan rawatan segera di hospital berdekatan dan juga lapor kepada kedutaan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Nora'i Mohd Said, berkata pihaknya akan terus mengambil langkah bersiap sedia bagi menghadapi kes selesema babi di pusat kuarantin hospital itu.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata pihaknya masih menilai vaksin yang akan digunakan untuk menyuntik ternakan babi bagi mengelakkan penularan jangkitan virus selesema itu.
Ditanya sama ada vaksin berkenaan sudah dibeli untuk tujuan mengekang penularan virus itu, Abdul Aziz berkata, keputusan mengenai perkara itu masih belum diputuskan.
"Vaksin ini sedang dinilai. Ia dari Amerika Syarikat (AS) dan negara itu sudah lama menggunakannya. Jika kementerian memberikan kebenaran untuk kita suntik, barulah kita akan lakukan," katanya.

> Berita Harian 29 April 2009

0 comments: