Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

KEPUTUSAN STPM 2009

Saturday, February 27, 2010

Pengumuman dan penyerahan slip keputusan peperiksaan STPM 2009 berlangsung di Bilik Seminar dihadiri oleh semua calon tahun 2009, ibu bapa dan pelajar tingkatan 6 bawah. Majlis dikelolakan oleh GPK Tingkatan 6 Ustazah Sharifah Roha Binti Othman dan semua guru tingkatan 6 dengan dibantu oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah. Keputusan terbaik 5P diraih oleh Atika Binti Ishak dan Muhammad Amzar Sabri Bin Azhar. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya.

Hari Lahir Tahun Islam - Bulan Rabi'ul Awal

Sunday, February 7, 2010

02 Raw: Mohd Afiq Abhar Bin Kamson
03 Raw: Mohamad Rasydan Bin Rishahbudin
15 Raw: Nooraziah Binti Ajran & Nur Atiqah Binti Hamzah
21 Raw: Izzul Izzuddin Bin Mohd Yatim
23 Raw: Muhammad Zaki Farhan Bin Md Tokiman
24 Raw: Abu Soffian Bin Ahmadi & Muhammad Zulfadli Bin Muslim
25 Raw: Faidhi Nurhisham Bin Zammuri Shah

Hari Lahir Tahun Islam - Bulan Safar

08 Saf: Nik Mohammad Norhafiz Bin Nik Samsudin & Nadia Binti Yahya
15 Saf: Siti Zainab Binti Mohd Hamzah
19 Saf: Izzul Iyadh Bin Kamaruzaman, Mohamad Najib Bin Basery & Ainifatiha Binti Mohamed Sabilan
21 Saf: Nur Aishah Binti Anuwar

Happy Birthday Februari

Batch Ex-Form 5 2007
03 Feb: Mohamad Affuan – Afwan & Nurul Farhah Atikah – Pa’ah
05 Feb: Sakina Afiqah – Kina
09 Feb: Mohammad Siraj Munir – Siraj
11 Feb: Nor Hazwani – Wanimohd
12 Feb: Nur Farahain – Farahain
15 Feb: Nor Nadiah – Nad
16 Feb: Muhammad Zulhilmi – Apaw
24 Feb: Nor Hazwani – Waniipin
25 Feb: Muhammad Faizfarhan – Faiz
27 Feb: Nurhazimah – Zimawahid
28 Feb: Nurushsyafiqah – Piqarajab

Batch Ex-Form 3 2005
18 Feb: Nur Shahidah – Shidaayob
23 Feb: Muhammad Afief – Pung

Others
08 Feb: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama – Bapa Kemerdekaan & Bapa Malaysia

Cadangan Program

Sunday, January 24, 2010

...::salam
perhatian kepada semua ahli merujuk kepada Kumpulan Bekas Pelajar SPM 2007, satu cadangan telah dirangka sebagai memenuhi agenda untuk menubuhkan "ALUMNI SMKA SEGAMAT" yang mana akan bergerak sebagai satu badan persatuan demi kebaikan pada masa hadapan. Maka, butiran cadangan tersebut adalah seperti berikut:

> Program: Perjumpaan (Liqo') Kumpulan Bekas Pelajar SPM 2007
> Tarikh: Sekitar bulan Mei (selepas peperiksaan akhir semester berkenaan)
> Masa: 8.30 pagi (sehari)
> Tempat: Bilik Mesyuarat, SMKA Segamat
> Pengisian Program: Taaruf, perbincangan hala tuju & orentasi, gerak kerja program masa hadapan.

InsyaAllah, perkara ini kita boleh usahakan bersama, peluang sudah ada di depan mata hanya pelaksanaan je yang belum lagi...harap dapat profesionalkan bersama...
dengan itu, setiap ahli yang membaca pesanan ini harap dapat feedback selewatnya pada bulan Mac untuk perancangan masa serta hal-hal berkaitan. sebarang pertanyaan sila hubungi Ishak (USIM) & Lokman (UDM)...

> Blogger

Tahniah Sahabat!!

...::salam
masuk tahun 2010 ni, bermakna masuklah juga semester baru bagi members2 yang dah berada di alam U...so dengar nya ada sahabat kita sekarang ni melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda hasil kecemerlangannya ketika di peringkat Diploma...tahniah kat Zakwan yang kini berada di UiTM Segamat, sebelum ni di UiTM Perlis...dalam bidang yang sama tapi tahap je yang berrbeza so....?? main buzy lar sahabat kita ni...insyaAllah ada lagi sorang sahabat kita yang sama cam Zakwan ni, si Siraj yang kini berada di UiTM Melaka...
then, baru2 ni Ikatan Studi Islam (ISI) UKM dah buat satu mesyuarat agung...lebih kurang cam tular, so LA dpat tahu sorang sahabat kita telah pun berada di alam kepimpinan universiti bagi persatuan persebut...Fariq kini sebgaia Exco Kegiatan Luar ISI-UKM...tahniah gak k...harap2 dapat memberi sumbangan yang baik...hahahanak tau berita nya, layari http://isiukm.blogspot.com

> LA (Blogger)

DYMM Baginda Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor

Saturday, January 23, 2010

DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor sehingga 22 Januari 2010. Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.
Tokoh yang kontroversi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.
Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.
Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan bekas Sultanah Johor kerana Sultan Iskandar mangkat.


Yang di-Pertuan Agong


Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Yang di-Pertuan Agong ke- 8
Raja Permaisuri Agong Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja

Negeri Johor

Keputeraan 8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor

Kemangkatan 22 Januari 2010

Mula jawatan 26 April 1984

Tamat jawatan 25 April 1989

Penyandang terdahulu Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Penyandang kemudian Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Sultan Johor Mangkat





Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam (22 Jan 2010, Jumaat) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang, 23 Jan 2010, Sabtu.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi Jumaat kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Pada malamnya, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang Sabtu.

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

Posted using ShareThis

Alfatihah Buat Allahyarham Tuan Haji Hamzah Bin Abd. Majid ( Penyelia Kokurikulum PPD Segamat)

Thursday, January 21, 2010




...::salam
Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, Tuan Haji Hamzah Bin Abd. Majid telah kembali ke rahmatullah pada 19 Januari 2010 akibat kemalangan jalanraya di Yong Peng, Batu Pahat. Jenazah tiba di rumah beliau di Kg. Gelang Chinchin sekitar pukul 3.00 petang. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Maka dengan itu, pihak Alumni Batch SPM 2007 terutamanya bekas ahli platun kawad kaki telah kehilangan seseorang yang cukup berpengalaman dalam aktiviti kawad kaki serta kokurikulum, beliau telah pun dianggap sebagai seorang bapa yang amat mengambil berat tentang prestasi kawad kaki di semua peringkat...
jasa mu besar, disanjung tinggi, semoga diberkati...